TAK PERLU EGM

Pas tidak perlu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkan parti daripada kumpulan prokerajaan perpaduan kerana yang wujud hanya sedikit kekeliruan dan salah faham di kalangan pemimpin parti itu.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, EGM yang dibuat oleh MCA dan UMNO berbeza, justeru beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk Pas juga mengadakan EGM.

"UMNO buat EGM sebab pemimpinnya nak perkasakan parti ini melalui pindaan perlembagaan parti.

"MCA buat EGM sebab masalah dalaman pemimpin mereka dan saya rasa Pas tidak ada masalah sehingga perlu ke tahap nak buat EGM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mengadakan EGM kerana mahukan Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan.

Nik Aziz mahu EGM diadakan segera bagi mendapatkan keputusan sama ada pemimpin Pas yang menyokong perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak daripada parti itu.

Beliau menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Menurut Azizan, apa yang berlaku dalam parti itu hanya disebabkan perbezaan pendapat dan sedikit kekaburan mengenai sesuatu perkara.

"Perbezaan pendapat ini adalah satu rahmat dan ia tidak teruk seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak," katanya.

Utusan Meloya

Comments

butamana said…
pas dgn pas dah bertelagah. bangkai gajah tak bleh ditutup dgn kopiah nik ajis..
Anonymous said…
hehehe jelas giler utusan dan akhbar barisan nasional akan sapot UG TEAM, tak caya? lihatlah!
Betul supaya orang yang BODOH menyangka HJ Hadi ngan pimpinan lain proksi umNO...!!!! macam hang!!
TEKONG DARAT said…
salam...
marah dato' yer...
kalau bukan proksi, apa nama sesuai kalau buat perjumpaan gelap?...lampu suluh kot...
yg betul, 3 nama yg di sebut perlu dibersihkan tu adalah lampu suluh umno dalam gelap baru2 ni...
disebabkan lampu suluh tu jugak umno dah jadi terang balik sekarang ni...suker tak suker, ini laa hakikat...
pkmat pmas said…
EGM untuk selesai masalah, EGM makna bincang terang-terangan tiada agenda tersembunyi, buat ketetapan b aru atau kekal yang lama, orang tak mahu EGM bermakna dia salah takut terbuka rahsia. ingat PAS ni lawan UMNO bukan kawan UMNO suka UMNO masuk UMNOlah tak nak sumbat gol sendiri....
Anonymous said…
Ana sedih melihat Perbezaan Pendapat yang boleh membawa kepada perpecahan dalam kepimpinan PAS sekiranya tidak di tangani mengikut semangat ukhwah dan setia-kawan sejati... Jangan dibiarkan perpanjangan sehingga nasi menjadi bubur....
Anonymous said…
Adakah dengan PAS bersekongkol dengan UMNO, Melayu dan Islam akan dihormati?

Sejarah telah membuktikan apabila PAS menyertai BN ketika UMNO lemah. Apabila UMNO pulih, PAS ditendang keluar dari BN. Perkara yang sama akan berulang. UMNO akan gula-gulakan beberapa pemimpin PAS yang bermasalah supaya PAS menyertai BN. Apabila UMNO pulih atau PAS dilemahkan, PAS akan ditendang keluar sekali lagi dari BN.
FZY said…
antara punca:
1) termakan hasutan musuh.
2) kurang maklumat.
3) besikap mencurigai segala tindakan pemimpin.
4) terlalu bersikap ingin tahu segala tindak tanduk pimpinan.
5) ada musuh dlm selimut yg sengaja mengapi2kan segala isu.
6) ...
Anonymous said…
Apasalahnya buat EGM kalau untuk kebaikan islam kalau ahli ahki masih nakkan peminpin lama mereka akan pilih.Pas yang bergelar parti islam mestilah mempunyai sifat yang lebih terbuka dari parti yang lain jika tidak orang luar akan mengagap peminpinnya sama macam peminpin umno jika berkuasa atau lagi teruk.