SPR nampaknya memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap aduan dan saranan PAS serta komponen PR supaya membuat penambahbaikan terhadap undi pos. Tidak ada tanda-tanda SPR mahu berubah dari yang tidak baik kepada baik.
Perubahan yang dilakukan SPR hanyalah perubahan kosmetik yang sebenarnya tidak memberikan kesan kepada persepsi rakyat bahawa undi pos tidak telus, berat sebelah dan meragukan serta memberi kelebihan kepada BN.
Dengan hanya tinggal 3 hari lagi sebelum hari pengundian iaitu Ahad ini, PAS dan PR berusaha sedaya upaya dengan saluran diplomasi untuk memujuk SPR supaya membuat pembaharuan agar undi pos lebih telus dan tidak meragukan.
Antaranya PAS meminta penggunaan borang 2 yang mencatatkan nombor ATM dimansuhkan; petugas parti diberikan ruang untuk memantau perjalanan pengundian secara total; pengiraan undi dibuat pada hari pembuangan undi; anggota tentera yangs sudah pencen dan tidak lagi tinggal di kem diberikan peluang mengundi di peti undi biasa; tiada penipuan dengan memangkah undi bagi pihak orang lain; memasang poster dan mengedarkan bahan kempen kepada semua pengundi pos bukannya hanya BN yang boleh berkempen; membenarkan kempen di dalam kem dan lain-lain.
Namun sehingga SPR seolah-olah mendiamkan diri dan tidak membuat keputusan yang konkrit dan professional.
Semalam PAS mendedahkan tentan ujudnya pertindihan nama di mana seorang pengundi didapati mempunyai nama berganda di 2 peti undi berasingan. Ini cukup-cukup meragukan. SPR sepatutnya mengambil langkah drastik untuk memperbaikinya.
Saya yakin jika SPR berusaha dan serius untuk membaiki kelemahan ini SPR akan lebih dihormati dan diyakini pada masa akan datang. Nama SPR akan harum sebagai badan bebas yang adil dan saksama.
Gambar : Utusan Meloya.
Comments