SIDANG DUN PERAK : SIDANG SAH SEDANG BERLANGSUNG

Speaker yang sah YB Sivakumar sedang mengendali sidang Dewan di mana ADUN Buntong sedang membentangkan usul yang Ganesan adalah speaker haram.

ADUN BN dan Speaker Haram tetap berada di dalam Dewan walaupun Ganesan telah menangguhkan sidang mereka pada jam 10.25 pagi tadi.

Sidang yang sah dimulakan dengan doa oleh YB Khalil Idham Lim (PAS- Titi Serong). Selepas Speaker mengarahkan semua ADUN bertafakur dan berdoa memperingati tragedi Kuala Dipang 2 hari lepas.

ADUN BN dan Speaker haram tidak mengganggu sidang ini seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku di dalam Dewan.

Comments