SIDANG DUN : ADUN PR MASUK DEWAN SELEPAS SIDANG DITANGGUH

ADUN PR termasuk Speaker YB Sivakumar memasuki Dewan dan mengambil tempat di blok pembangkang.

ADUN Teja, Chan Lih Kang menggunakan mikrofon menyatakan, "Speaker haram, sila keluar dewan."

Speaker 'Haram' Ganesan menjawab bahawa beliau telah menangguhkan Sidang sehingga jam 11.30 pagi.

A Sivasubramaniam (DAP-Buntong) berdiri membentangkan usul dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker. Beliau juga menerangkan mengapa Ganesan adalah Speaker haram.

Semua ADUN PR menyokong dengan menepuk meja.

Ganesan tetap berada di kerusi Speaker tanpa menganggu ADUN Buntong berucap.

Comments

Anonymous said…
oh perak yang sangat bertamadun, tidak sangka manusia purba yang hidup di gua-gua batu kembali hidup dan berkuasa mengikuti hawa nafsu tamak dan serakah!!! Ya Tuhan selamatkanlah kami dari binatang jelmaan yang Engkau jadikan untuk menduga keimanan...aamiiin.