SEMUANYA KERANA BAGAN PINANG?

Banyak pihak mendakwa beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir dipengarauhi oleh berlakunya Pilihanraya Kecil di Bagan Pinang. Antaranya :-
1) Pendakwaan terhadap pembunuh Kugan yang meninggal di lokap Polis
2) Pembebasan 5 orang tahanan ISA
3) Pengisytiharan Bandar Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat
4) dan lain-lain
Tetapi ada juga pihak mendakwa bahawa kesilapan terbesar BN kali ini ialah memilih Isa Samad sebagai calon. Ini membuktikan bahawa BN tidak memusuhi rasuah dan meredhai rasuah.

Comments

Anonymous said…
LAWAN JELA..XPAYAH BISING2
Rohaifi Azri said…
LARANGAN SPR, PAKATAN RAKYAT SEHARUSNYA MEMILIKI LAMBANG/BENDERA SENDIRI!!!


SPR yang trauma dengan jentera kempen Pakatan Rakyat (PR) telah mengeluarkan arahan supaya DAP dan PKR tidak meletakkan gambar pemimpin, poster serta kibaran bendera mereka dalam menghadapi Pelihanraya Kecil Dun Bagan Pinang. Konpius / keliru juga dibuatnya apabila SPR yang terlebih trauma berbanding lawan PAS pada PRK ini iaitu UMNO-BN.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.


Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Tan Sri Isa Samad yang juga bekas naib presiden Umno dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.


Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu. Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.


SUDAH TIBA MASANYA PR memiliki logo dan lambangnya sendiri. Sebagaimana UMNO dan parti komponen lain yang membentuk Barisan Nasional (BN) yang menggunakan lambang Dacing, PR juga sewajarnya mencipta satu lambang yang mewakili parti-parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.


Sekiranya Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tetap berkeras menyatakan hanya parti bertanding sahaja yang dibenarkan memasang bahan kempen. Maka UMNO juga sewajibnya hanya meletakkan lambang parti mereka sahaja dan menurunkan semua Dacing-dacing sebagaimana PAS yang hanya menggunakan lambang partinya.


SPR, JANGAN JADI BARUA DAN JANGAN HENDAKNYA DILIHAT MAHU MEMENANGKAN UMNO-BN!!! SUBURKAN DEMOKRASI, HAPUSKAN KUKU BESI!!!
toksagor said…
SPR sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri...kenapa? kerana SPR tu barua UBN. SPR takut nanti tuannya mengamuk.. takut kantung poket jadi ringan. Sedangkan rezeki tu datang dari Allah SWT.
Rohaifi Azri said…
patutnye tukar kepada SPRBN
(Suruhanjaya PilihanRaya Barisan Nasional)
Anonymous said…
Memang pun BN ingat rakyat sekarang bodoh macam penyokong mereka.