Tindakan BN merompak kuasa PR yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU 2008 menyebabkan kemelut politik Perak berlanjutan hingga kini.
Tidak lengkap dengan rompakan kuasa tersebut, BN merompak pula kuasa Speaker dengan mengheret dan menghalau Speaker DUN yang sah dengan kasar dan zalim pada persidangan DUN Mei lalu.
Lebih malang lagi semua perancangan itu diketuai sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sekarang satu dunia sudah tahu bahawa demokrasi di negara kita terjejas dan tercemar dengan perbuatan BN pimpinan Najib Tun Razak.
Rakyat yang memberikan mandat kepada PR berasa tertipu dan teraniaya dengan permainan politik kotor BN.
Hari ini sekali lagi negara kita dimalukan. Apabila Speaker dan ADUN Pakatan Rakyat dihalang dari memasuki Dewan persidangan. Speaker dihalang, jubah dan songkoknya dirampas hingga jubah rasmi Speaker terkoyak. Siapa punya angkara ini semua?
Riuh rendah satu dunia Najib mewar-warkan 1Malaysia tetapi di Perak semuanya dua. 2 in 1. Siapa yang malu.
Malu rasanya bila berdepan dengan rakyat negara luar yang bertanyakan kepada kita. Benarkah Wakil Rakyat di negara kamu menjual maruah dengan bertukar parti demi kebendaan. Perkara ini tidak akan berlaku jika BN tidak berusaha untuk merasuah. Namun ianya bukan suatu yang memelikkan kerana rata-rata pemimpin Umno juga terlibat dengan rasuah. Siapa tidak kenal Ali Rustam, Isa Samad dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Jadi untuk menutup malu dan menyelesaikan kemelut ini saya cadangkan sekali lagi sila bubar DUN supaya BN dapat kuasa mutlak memerintah (itupun kalau BN menang). Atau PR dapat berkuasa kembali jika rakyat masih sayangkan gabungan tersebut.
Comments