Sejak akhir-akhir ini semacam ada satu trend untuk memburuk-burukkan diri sendiri di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.
Pelbagai isu dan masalah dalaman di ceritakan di dalam media samada media cetak, elektronik maupun blog peribadi.
Kita semua mesti ingat bahawa walaupun kita bercakap atas kapasiti peribadi (di dalam blog), namun oleh kerana seseorang itu memegang jawatan tinggi dalam parti maka ianya dilihat benar dan menjadi kenyataan rasmi lebih-lebih jika ianya memberikan kelebihan kepada BN. Banyak sekali kenyataan akhbar dan kenyataan di dalam blog diambil oleh musuh dan dijadikan senjata ampuh mereka untuk mengikis kepercayaan rakyat sedikit demi sedikit.
Sebab itu kita mesti berhati-hati dalam membuat kenyataan di mana-mana media hatta blog peribadi.
Saya menuju teguran ikhlas ini kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat agar kita tidak mudah memberikan 'senjata' berupa fakta dan perkaran dalaman parti masing-masing ataupun Pakatan Rakyat sendiri.
Comments