PERSEPSI RAKYAT MULA BERTUKAR????

Dengan mainan media, serangan berterusan pimpinan BN dan putarbelitkan musuh yang melanda PAS sekarang ini sedikit sebanyak dilihat mampu mengubah persepsi rakyat kepada PAS dan PR.

Saya yakin ada usaha-usaha pihak musuh menyelinap masuk memporak perandakan PAS sehingga dilihat berada dalam keadaan gawat dan berkecamuk.

Isu desakan supaya mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bukan suatu isu besar bagi ahli PAS yang faham perjuangan Islam. Perbezaan pendapat merupakan perkara biasa, khilaf memang dibenarkan tidak ada masalah.

Namun dimata rakyat yang atas pagar, rakyat yang tidak memahami politik isu ini adalah besar dan menampakkan bahawa PAS seolah-olah berada dalam keadaan tidak menentu dengan berlakunya pergaduhan dan perselisihan dalaman. Ini sudah tentu memberikan impak negatif dan persepsi negatif di mata rakyat.

Sebab itu ada kawan-kawan saya yang menyatakan PAS sama sahaja dengan Umno bergaduh sesama sendiri kerana pangkat dan harta. Ini merupakan persepsi yang bahaya yang akhirnya menyebabkan rakyat meluat dan muak dengan PAS.

Sebab itu saya amat mengharapkan pimpinan tidak menggunakan media hatta blog persendirian untuk membuat cadangan, teguran, gesaan dan sebagainya. Ini kerana musuh-musuh PAS sentiasa mencari ruang walau sebesar zarah dan atom untuk memburukkan imej PAS supaya persepsi rakyat kepada PAS menjunam dan longgar. Akhirnya rakyat akan melihat PAS sama dengam Umno bahkan lebih teruk lagi kerana Tok Guru bergaduh dengan Tok Guru.

Ketika perkara ini berlaku sudah tentu akan ada makhluk perosak yang menangguhkan di air keruh memburuk-burukkan kedua-dua Tok Guru. Akhirnya nanti rakyat akan melihat Najib lebih baik dari Tok Guru. Ini merupakan persepsi yang bahaya.

Comments