Saya sungguh terkilan dengan sikap Pengerusi SPR Aziz Yusof yang langsung tidak menghargai kesusahan dan penat lelah PAS meneliti Daftar Pemilih DUN Bagan Pinang dan mendedahkan kepincangan dan keraguan pada daftar pemilih tersebut.
Pendedahan yang dibuat oleh PAS bukannya dakwaan kosong tanpa fakta konkrit malahnya ia sarat dengan bukti kukuh di depan mata.
Malangnya Aziz dengan mudah menyindir PAS dengan menyatakan bahawa PAS menuduh daftar pemilih tidak bersih adalah kerana PAS tidak dapat menarik sokongan di Bagan Pinang. Dalam kenyataan beliau pada siaran berita jam 1.00 petang di Radio 1 sebentar tadi Aziz berkata PAS sepatutnya sedar bahawa mereka tidak mendapat sokongan di Bagan Pinang jadi jangan pula mencari alasan daftar pemilih tidak meragukan dan sebagainya.
Menurut Aziz, BN juga mengalami masalah yang sama pada Pilihanraya Kecil sebelum ini, jadi PAS tidak perlu mencari alasan.
Kenyataan Aziz ini cukup tidak bertanggungjawab kerana kritikan dan aduan yang PAS buat bukannya disebabkan PAS akan kalah sebaliknya ia dibuat kerana integriti daftar pemilih yang jelas meragukan dan penuh dengan kecelaruan. Aduan dan laporan tentang daftar pemilih ini bukannya di buat di Bagan Pinang sahaja malah dari dulu lagi termasuk tuntutan yang dibuat oleh BERSIH beberapa tahun lalu.
Terbukti Aziz gagal memainkan peranan beliau sebagai Pengerusi SPR yang baik dan beliau mengulangi kesilapan yang dibuat oleh Pengerusi SPR sebelum ini iaitu Abdul Rashid Abdul Rahman.
Sepatutnya Aziz berterimakasih dengan penemuan yang diperolehi oleh PAS dan bersungguh-sungguh untuk menyiasat serta memperbetulkannya jika tuduhan dan dakwaan itu benar.
Saya menggesa supaya Aziz meletakkan jawatan sebagai Pengerusi SPR dan bertanding pada mana-mana pilihanraya akan datang atas tiket BN kerana tidak ada gunanya memegang amanah sebagai Pengerusi SPR yang tidak telus dan tidak professional.
Comments