MESYUARAT PAS PUSAT: KEPUTUSAN TERBAIK

Saya mendoakan keputusan mesyuarat khas PAS Pusat malam tadi adalah terbaik demi masa depan Islam dan keadilan di negara kita.

Terbukti pimpinan PAS matang dan berjaya menyelesaikan segala pertikaian dengan baik.

Keputusan untuk menyiasat samada PAS Selangor bersalah atau tidak juga merupakan suatu keputusan yang baik. Tidak apa yang hendak disorokkan kerana semuanya untuk kepentingan Islam dan keadilan.

Saya yakin Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang akan mengepalai jawatankuasa disiplin menyiasat kes tersebut berupaya untuk menggalasnya.

Semua pihak diminta bertenang dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka. Namun begitu musuh-musuh PAS terus melancarkan serangan psikologi dan gerak saraf dengan menghantar SMS bahawa pimpinan PAS bacul, penakut dan mandom kerana tidak mengambil tindakan ke atas pemimpin yang dikatakan bermasalah.

Bagi kumpulan ini adalah musuh yang ingin melihat perpaduan di dalam PAS dan PR berkecai. Mereka melancarkan serangan ini bagi mengharu birukan pemikiran ahli dan penyokong PAS serta rakyat terbanyak.

Saya harap semua kita berhati-hati dan menilai semua berita. Apa penting pastikan berita itu dari sumber yang sahih dari mulut pimpinan PAS dan lidah rasmi PAS.

Comments