MENGAPA MASIH SAYANGKAN AKTA ZALIM ISA?

Semua orang tahu mengapa BN bermatian-matian mempertahankan akta drakonian ISA. Sebabnya tidak lain tidak bukan adalah kerana kepentingan pihak tertentu dalam mempertahankan kuasa yang ada pada mereka.

Walaupun seluruh dunia mengatakan ISA zalim tetapi BN masih sayang dan mendewa-dewakan ISA.

Bukan susah sangat untuk membuang atau meminda ISA. Yang penting :-

1) Jangan tahan 'pesalah' tanpa bicara
2) Beri peluang mereka membela diri
3) Jangan tahan pesalah berdasarkan kepentingan politik BN.(Tahanan politik)
4) Beri peluang kepada mereka bertemu peguam dan keluarga sebaik sahaja ditahan dan semasa tahanan reman.
5) Jangan panjangkan tempoh tahanan tanpa dibicarakan-mesti ada kesalahan baru yang perlu dibuktikan bagi memanjangkan tahanan dan sebagainya.

Comments

mustafa said…
Yang zalim tu org yang masuk dalam, sebab menyebabkan malaysia huru hara...
Saudara mustafa said
Tunjukkan bukti kalau mereka menyebabkan malaysia huru-hara..
SOFI WAHAB said…
tanya anwar ibrahim dan pemimpin pas. sebab mereka lah malaysia huru hara, tak selamat. pemimpin pembangkang adalah ejen USA.