Khutbah Jumaat hari ini berkisar kepada jijiknya najis rasuah. Khutbah yang disiarkan secara Langsung Solat Jumaat yang disiarkan Radio IKIM juga mengutarakan tajuk yang sama.
Rakyat diajak sama-sama membenteras najis rasuah di setiap peringkat samada di sektor awam maupun swasta. Khutbah itu juga menegaskan bahawa kerajaan 1Malaysia pimpinan Umno juga komited untuk membenteras rasuah.
Jadi bagi mengambil iktibar dari khutbah saya cadangkan beberapa tindakan perlu dibuat :-
1) BN yang menjadi parti kerajaan menukarkan calonnya di Bagan Pinang iaitu Isa Samad kerana beliau pernah terbabit dengan rasuah
2) Jika BN mengekalkan Isa sebagai calon bagi rakyat di Bagan Pinang mesti menolak BN dan mengundi PAS kerana calon PAS tidak pernah terlibat dengan rasuah dan jenayah lain.
3) Rakyat harus sedar bahawa parti Umno dan BN yang memerintah sekarang adalah sejijik-jijik parti kerana gejala rasuah berlaku berleluasa semasa pemilihan parti tersebut.
Kesimpulannya mari sama-sama kita menghayati khutbah tersebut dengan menolak BN dan pemimpinnya pada pilihanraya akan datang kerana RASUAH.
Comments
UMNO DAN RASUAH, BAGAI IRAMA DAN LAGU
untuk penyokong2 pas juga jgn lupa sekarang korang dah bersekongkol dengan syaitan2 dua ekor tu....so apa bezanya korang ngan umno...
jawapannya korang pun sama 2 x 5...
Ini yang keliru untuk saya dan juga pembaca yang lain.
Ok lah kalau banteras rasuah.
Tapi , calon itu kan berasuah?
Komitted tapi calonkan yang berasuah..apamacham ni?
Susah untuk paham , pengyokong umno maseh sokong yang berasuah .
Dari segi ugama , no problem ke?
Mengapa perasuah macam ni pun pas terima?
Sebab pemimpin pas hanya pandai berkata-kata tetapi tidak pandai untuk perlaksanaan, contohnya nak jadikan kedah sejahtera? mana adapun cuma pembohong sahaja.
Rakyat kedah dok macam tu juga. Janji piliharaya dulu pun tak mampu untuk di tunaikan, cuma pandai untuk bohong kepada rakyat.
Saya cadangkan bloger supaya jangan jadi pengikut orang-orang yang berbohong?
ambil satu contoh yang mudah. semasa pilihanraya tahun mula pas memeretah kelantan dalam menefesto akan menghapuskan bayaran letak kereta (rujuk balik menefesto dahulu), sampai sekarang orang yang diagungkan oleh pengikut pas itu pun tidak dapat melaksanakan menefesto tersebut. Inilah yang dikatakan Tok Guru Nik Aziz pembohong kepada rakyat.
Janji dengan air ludah memang senang.
Kes kapal selam 'altantuya' pun masih belum terjawab. Lepas tu rompak pulak ROYALTI minyak milik Kelantan.
Semasa PAS memerintah Terengganu, ROYALTI minyak dijadikan Wang Ihsan.
Saudara-saudaraku di dalam UMNO, buka mata, buka hati anda...
Mana lebih besar antara isu parking dengan 'rompakan' wang rakyat, wang Royalti minyak? Pemimpin bercuti ke Disneyland menggunakan wang rakyat, inikah pemimpin yang Bro. Shamsuri sanjungi???
Manakala petrolium negara datangnya dari sabah sarawak kelantan dan terengganu tapi yang nikmat kekayaan tersebut ialah siapa?
Isu jual sumber air kepada Singapore di besar-besarkan tapi isu jual pasir di tutup rapi.
Malahan Kg buah pala dah di jual tanpa dirujuk kepada penghuni kawasan itu oleh siapa?
Banyak pemuda sekarang dah tak kenal dan tak tahu apa yang berlaku di Kg Memali .
Asyik main sokong umno , asyik main sokong bn tanpa tahu menahu apa yang dah berlaku.
Tolong buka lah mata ,dah di tipu lebeh 50 tahun pon tak rasa ke?
Siapa yang memlepaskan Singapore?
Siapa yang terlibat rasuah Kapal Selam?
Siapa yang terlibat rasuah Helicopter Eurocopter?
Siapa yang menukarkan duit Royalti kepada wang ehsan yang akhirnya digunakkan buat Monsun Cup dan Mesjid Tayangan?
Siapakah yang merampas duit royalti minyak rakyat Kelantan?
Siapakah yang melanggar etika perjanjian Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan?
Siapa yang dituduh membunuh Altantuya dan senyap tidak menjawab atau menyaman news paper luar negara yang menyiarkan rencana itu?
Siapakah dalang yang merampas tanah rakyat di kampung buah pala.
Siapakah dalang kepada skandal PKFZ Port Klang?
Jadi siapa lagi.. semua rakyat Malaysia tahu mahupun pengundi di Bagan Pinang.
orang besar dapat duit RM513juta dipanggil komisyen tapi pegawai polis terima duit RM10 adalah koruption... Hidup Altantuya... Gelisah Najib...