KERUHKAN SUASANA, UMNO CUBA UMPAN

Umno cuba mengumpan lagi. Kali ini Muhyiddin cuba mengumpan PAS dengan mengajak PAS berunding dengan Umno atas nama perpaduan Melayu dan Islam.
Ini taktik lama, taktik mengambil kesempatan agar PAS semakin berkecamuk. Apakah Muhyiddin tidak sedar bahawa PAS sudah 2 kali membuat keputusan dalam Muktamarnya bahawa rundingan PAS-Umno sudah lama dihentikan. Ertinya PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik. Tetapi rundingan antara kerajaan negeri dan pusat akan berjalan seperti biasa.

Apakah pemikiran Muhyiddin sama standardnya dengan pemikiran sesetengah pengerusi JKKK iaitu tidak dapat membezakan yang mana parti yang mana kerajaan.
Saya ingin berpesan kepada Muhyiddin pimpinan PAS dan ahli PAS bukanlah bodoh dan dungu untuk termakan dengan umpan Muhyiddin. Lebih baik beliau tumpukan usaha beliau untuk mendapatkan kerusi no 1 dalam Umno iaitu jawatan Presiden Umno. Ini kerana Muhyiddin masih berpeluang untuk menjadi Presiden Umno kerana siapa tidak kenal ketuanya sekarang yang penuh dengan rekod 'cemerlang' dan 'bersih' sebelum ini.
Tidak perlu Muhyiddin memancing dan mengusik PAS dan pimpinan PAS. Mereka sudah matang dan kenal benar dengan Muhyiddin, Najib dan Umno.

Comments