KERAJAAN PERPADUAN SUDAH TUTUP BUKU

Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini berkata, PAS telah menutup pintu rundingan dengan UMNO untuk membentuk satu kerajaan perpaduan.

Katanya, pucuk pimpinan negara juga sudah berubah dan Pas belum mengetahui apakah sikap yang diamalkan oleh pemimpin negara sedia ada.

"Kerajaan perpaduan tidak ada lagi. Itu dah tutup buku. Perdana Menteri itu (sebelum ini) pun sudah berhenti.

"Pemimpin yang ada kita tidak tahu bagaimana sikapnya dan kedudukannya dan keadaan juga sudah berubah,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini mengenai cadangannya pada Muktamar Pas ke-55 mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, UMNO juga tidak lagi membangkitkan isu kerajaan perpaduan sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat masa ini sedang menguruskan krisis yang dihadapi oleh parti komponen mereka.

Jadi saya berharap semua pihak jangan lagi berapa sangsi dengan isu kerajaan perpaduan ini kerana ianya sudah berakhir dan tidak perlu diungkit-ungkit lagi.

Comments