JANGAN MIMPI UNTUK LIHAT PAS BERPECAH

Musuh-musuh PAS tidak perlulah bermimpi untuk melihat PAS berpecah. Saya yakin pimpinan PAS sudah matang, cerdas dan mampu menyelesaikan apa juga isu yang melanda PAS.

Isu yang ditimbulkan oleh Tok Guru Nik Aziz ini merupakan isu kecil yang Insya Allah mudah untuk diatasi. Ini kerana pemimpin PAS tidak meletakkan kepentingan diri dan nafsu apabila mengambil keputusan dan tindakan.

Saya yakin Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri Rabu ini akan menyelesaikan semua masalah yang ditimbulkan sehari dua ini.

Umno dan BN akan sekali lagi tertipu dengan kematangan berpolitik PAS. PAS Insya Allah akan terus bergerak ke hadapan untuk membebaskan rakyat Malaysia dari belenggu BN dan Umno.

Comments