JANGAN BERKHEMAH DI TEPI SUNGAI DAN PANTAI

Saya memang gerun dan khuatir jika membawa anak-anak bermain dan bersantai di tepi sungai, kolam dan pantai.

Bukan apa budak-budak memang amat suka bermain air. Tetapi mereka tidak tahu bahawa air adalah kawan merangkap musuh yang bahaya.

Sudah banyak kali tragedi menimpa (dengan ketentuan Allah), kanak-kanak lemas di dalam sungai, kolam dan laut. Semua ini patut menjadi pengajaran kepada kita semua.

Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang malam tadi memang menyayatkan hati kita semua. Sudah pasti tragedi ini akan menjadi kenangan pahit ibubapa yang kehilangan anak yang disayangi.

Sebab itulah saya mencadangkan kepada pihak berwajib supaya tidak memberikan kelulusan kepada sebarang penganjuran program di kawasan berhampiran sungai, laut, air terjun malah kolam renang sekalipun. Kita beringat sebelum kena.

Memang susah untuk mengawal kanak-kanak yang sentiasa nakal, buas dan aktif ke sana ke mari. Mereka ini tidak sedar dan tidak tahu bahawa di sana ada bahaya yang menanti.

Semoga semua ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Gambar di atas hanya hiasan sahaja.

Comments

datuk said…
Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara. Beberapakali anak-anak saya pergi ke kem sebegini saya selalu risaukan keselamatan mereka. Sepatutnya mereka yang menjaga mereka lebih prihatin lebih-lebih lagi bila tahu hari hujan lebat dan air sungai naik dan deras. Agaknya life jacket pun tak cukup. Begitulah resmi orang kita "Dah terantuk, baru Tengadah. Semoga yang lain dijumpai dengan selamat.