JANGAN BAZIRKAN MASA BINCANG MASALAH 'DALAMAN'

Saya mengharapkan seluruh ahli dan penyokong PAS tidak membazirkan membincangkan masalah dalaman parti sedangkan masalah itu sebenarnya masalah tersebut sangat kecil dan tidak perlu dibincangkan lagi.

Biar ianya diuruskan pimpinan tertinggi. Kita diperingkat bawah mesti melipatgandakan usaha memenangi hati rakyat dan menjuarai isu rakyat.

Masalah 'dalaman' tersebut sebenarnya hanyalah mainan musuh sehingga semua orang menyangka ianya terlalu besar dan kronik, sedangkan ianya hanyalah perkara biasa sahaja.

Oleh itu mari sama-sama kita satukan hati dan gerakerja kita untuk mendaulatkan Islam dan menegakkan keadilan di dalam negara kita.

Pilihanraya umum sudah tidak berapa lama lagi. Kita mesti bergerak dari sekarang!!!!!!!!!

Comments