Hati saya benar-benar tersentuh apabila membaca tuduhan akhbar Kosmo yang mengaitkan As-Syahid Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya sebagai pengamal ajaran sesat.
Sanggup akhbar itu membuka kembali kisah tragis pembunuhan kejam penguasa zalim terhadap rakyatnya. Malah rakyat yang tidak berdosa itu pula dituduh sebagai pengamal ajaran sesat sedangkan As Syahid yang meninggal dunia itu ialah seorang ulama lulusan Libya yang diiktiraf ilmunya.
Mengapa begitu bebal penulis dan editornya membuat tuduhan tanpa usul periksa sedangkan peristiwa sudah lama berlaku dan semua orang tahu ustaz Ibrahim dan murid-muridnya tidak bersalah.
Tidakkah adakah perasaan kasihan dan simpati kepada balu ustaz Ibrahim (gambar) dan murid-muridnya.
Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata bonda tercinta saya ketika saya baru pulang dari sekolah menduduki peperiksaan SPM 24 tahun lalu iaitu pada 19 November 1985.
Bonda saya berkata " Mat (nama mesra saya), ada orang beramuk di Baling, 14 orang meninggal"
Saya mendengar dan minat. Tidak lama selepas itu RTM terus memfitnah Ustaz Ibrahim sebagai penderhaka, pengamal ajaran sesat dan sebagainya.
"Sapa yang dibunuh tu mak" tanya saya.
"Dengar cerita orang PAS, Ustaz PAS dan anak-anak muridnya" jawab Bonda saya yang ketika itu berumur dalam linkungan 48 tahun.
Walaupun saya baru berumur 17 tahun ketikan itu namun saya sudah terlibat dengan usrah PAS cawangan dan kawasan secara langsung dan saya faham akan perjuangan PAS dan perjuangan Ustaz Ibrahim Libya.
Bertungkus lumus Tuan Guru Nik Aziz mempertahankan Allahyarham As Syahid Ustaz Ibrahim Libya di Parlimen. Ketika itu Tok Guru satu-satu Ahli Parlimen PAS (Pengkalan Chepa) dalam dewan.
Akhirnya segala-gala teki terjawab apabila Sultan Kedah sendiri mencemar duli menziarahi pusara Ustaz Ibrahim. Selain itu ada anggota majlis fatwa Kedah yang memfatwakan Ustaz Ibrahim dan sahabat-sahabatnya adalah syahid.
As-Syahid kental mempertahankan nyawa, maruah, keluarga, pondok dan hartanya dari anggota pasukan keselamatan yang menyerang mereka atas arahan pimpinan Umno/BN ketika itu.
Ketika saya menuntut di utara tanahair saya sempat melawat kesan-kesan kezaliman penguasa ke atas As Syahid. Kesan peluru di dinding-dinding, pokok dan sebagai masih ada. Itupun selepas 2 tahun kezaliman dilakukan.
Seingat saya sudah 2, 3 kali saya menziarahi makam As Syahid dan sahabatnya. Setiap kali saya menziarahinya, air mata saya mengalir kerana sayu mengenangkan kezaliman penguasa keatas rakyat yang tidak berdosa. Mengapa begitu kejam mereka ini, tanya hatiku.
Apa yang saya kesalkan, Kosmo sanggup menuduh seorang alim lulusan Libya yang diiktiraf ilmunya dengan tuduhan ajaran sesat.
SAYA DENGAN INI MENGGESA KOSMO MENARIK BALIK TUDUHAN TERSEBUT DAN MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA BALU SEMUA AS SYAHID YANG DIBUNUH KEJAM PADA 19 NOVEMBER 1985.
Comments