EGM : SEMUANYA AKAN SELESAI

Insya Allah Rabu ini kekeliruan dan masalah kecil yang melanda PAS dan kepimpinannya akan selesai.

Media sebenarnya membesar-besar isu yang kecil. Isu ini diputarbelit, diolah dan diuli sehingga menampakkan PAS berada dalam keadaan genting dan tidak terurus.

Hari Rabu ini musuh politik PAS dan media kurang ajar ini akan tersandar ke dinding kerana PAS Insya Allah akan menyelesaikan isu ini mengikut perlembagaan parti dan kaedah Islam yang sudah lama diamalkan oleh PAS.

Kepada semua tetamu yang menghantar sms, email dan sebagainya kepada saya bertanyakan isu ini jangan bimbang dan panik semuanya akan selesai, Insya Allah.

Comments

Anonymous said…
salam,

saya brsetuju dengan saudara bahawa ini semua akan diselesaikan. sudah semestinya selepas ini mereka semua akan berpeluk-pelukan seperti beberapa insiden sebelum ini. saya tahu ini semua lakonan nik aziz dan rakan2 untuk meraih publisiti dan mengekalkan momentum dan supaya masyarakat terus ingat kepada pakatan ini. ini adalah satu strategi yang baik dalam politik. kesian pemimpin umno dan media diperbodohkan oleh nik aziz dan sipeliwat yang bernama anwar. mujurlah saya tidak terpengaruh dengan lakonan bertaraf oscar ini. - noor
Anonymous said…
KESIAN BDAK NOOR NI..KUMAN DISEBERANG BOLEH NAMPAK DINOSOR KAT DEPAN MATA BOLEH TAK NAMPAK..KENE P CHEK MATA NI..MATA HATI TU PUN DAH KRITIKAL TU..