DUN PERAK : BN AKAN ULANGI SIFAT KURANG AJAR

Esok Sidang DUN Perak akan berlangsung lagi. Sebelum sudah beberapa kali DUN Perak mencatatkan rekod 'dunia' dengan aksi-aksi luarbiasa dan meloyakan tekak bagi sesiapa yang menontonnya.
2 MB, 2 Speaker, 2 Exco, Speaker di seret dan dikurung, Orang luar tak diundang masuk dewan dan macam-macam lagi. Malang Sidang bawah pokok dan di Hotel pun ada.
Semua ini gara-gara sifat kurang ajar BN yang tidak mahu menerima kekalahan mereka di Perak sehingga sanggup 'membeli' dan menculik ADUN sehingga ketiga-tiga mereka yang tidak bermaruah itu menyokong BN.
Esok sekali lagi peristiwa menarik dijangka berlaku. Ini kerana Speaker 'haram' yang dilantik secara tidak sah menggunakan 'kuasa'nya memanggil sidang DUN.
ADUN-ADUN PR tetap konsisten bahawa 'Speaker' Ganesan adalah Speaker palsu dan tidak sah. Maka semua notis mesyuarat yang dihantar adalah batal dan tidak sah. Namun mereka menghadiri Sidang tersebut berdasarkan 'notis' yang dihantar oleh Speaker yang sah iaitu YB Sivakumar.

Saya mengharapkan semua pihak bertenang dan kembali patuh kepada undang-undang. Saya juga bersetuju dengan keputusan PAS Perak yang mencadangkan supaya Sidang itu dibatalkan sehingga keputusan mahkamah terhadap rayuan MB Nizar diputuskan.

Comments