BUBARKAN DUN DAPAT SELAMATKAN DEMOKRASI DI PERAK

Hanya dengan membubarkan DUN, demokrasi di Perak akan dapat diselamat dan dipulihkan. Jika tidak maka sudah tentu akan ada 2 MB, 2 Speaker, 2 Exco, 2 Sidang dan segalanya 2 walaupun kita berada di zaman 1Malaysia.
Pembubaran DUN ini bukan sahaja akan menyelesaikan kemelut politik Perak malahnya ianya memberi peluang kepada DUN Perak membersihkan DUN dari ADUN-ADUN yang tidak bermaruah yang boleh dijual beli dengan kebendaan dunia.
Andaikata DUN tidak dibubarkan saya yakin kedua-dua pihak akan mendakwa masing-masing adalah kerajaan haram, MB haram, Speaker haram, Exco haram, bajet haram dan segala-galanya haram. Bukankah ini akan mencemarkan nama baik negara dan negeri Perak.
Maka saya sebagai salah seorang rakyat yang cintakan perdamaian dan harmoni mencadangkan DUN Perak dibubarkan serta merta.

Comments

Anonymous said…
aku setuju ngan cadangan kome bukan saja rakyat perak yg malu Sultan Perak pun terlibat sama.tapi heran kenapa tuanku berdiam diri sedangkan satu dunia dah tahu kemelut dinegeri Tuanku.
aku agak Tuanku dah kena gam dek PM kita Pok Jib kot...
hentam saja la labii....
ipolai said…
Perak pernah ada dua sultan, kini Perak ada dua MB. Itulah kehebatan Perak.
SOFI IBNI WAHAB said…
PR bikin kaco, bukan saja kat perak, malah seluruh malaysia. PR laknatullah. sial betul.