BERAPA BILANGAN PENGUNDI POS SEMALAM? PAS MESTI WASPADA !!!

Saya tidak dapat mengetahui jumlah sebenar pengundi pos yang membuang undi semalam. Hanya Polling Agent PAS, BN dan Pegawai SPR yang mengetahuinya.

Hari ini dan esok pengundi pos yang belum membuang undi boleh menunaikan tanggungjawab mereka di Pusasda, Kem Sirusa.
Semalam SPR membuat kenyataan bahawa hanya 2,000 pengundi pos yang tinggal di dalam kem. Ini bermakna 2,571 anggota tentera lain tidak tinggal di kem tersebut. Mereka ini mungkin sudah pencen, berpindah ke kem lain ataupun anggota tentera yang masih berkhidmat tetapi tinggal di luar kem.
31 pengundi pos lagi adalah dari anggota polis dan 2 anggota tentera yang berada di luar negara.
Persoalannya kini adakah anggota tentera yang sudah pencen dan berhenti boleh membuang undi di dalam kem.?
SPR tidak menjelaskan beberapa perkara berkaitan dengan isu ini.
Berapa jumlah pengundi pos yang sudah tidak layak menjadi pengundi pos.?
Apakah mereka yang pencen boleh mengundi di dalam kem?
Apakah mereka yang tinggal di luar kem boleh mengundi di dalam kem?
PAS mesti berhati-hati dan berwaspada dengan isu ini. Jika benar hanya 2,000 pengundi pos yang tinggal maka semestinya hanya 2,000 undi pos sahaja yang sepatutnya dikeluarkan bukannya 4,604 undi.

Comments

Anonymous said…
Pas menang selesa dalam PRU 1995 sewaktu bergabung dgn S46 di kelantan, pok nik ajiz pernah keluarkan kenyataan katanya, Pas dan APU menang di kelantan masa tu sbb malaikat datang bantu masa hari mengundi- Mana perginye malaikat Pok Nik. Syaitan tak nak tolong ke????
Rohaifi Azri said…
ALLAH akan membantu, insyaALLAH...
iblis maha besar berkampung di Bagan Pinang namun kita usah gentar, andainya kali ini kalian menang wahai iblis, tunggu PRU seterusnya...
Anonymous said…
Sian org PAS, sedang memujuk hati yang sakit tu, tak pe, tapi jangan la buat citer bohong, jangan la nak provok je, jangan la nak salah kan org je, cuba tengok rupa diri tu layak je nak meminpin org.
Anonymous said…
aku tak kisah sangat .. sekarang dah 7 - 1 .. hahaha .. PR kalah pun .. baru 7 - 2 BN masih jauh ketinggalan .. dalam "perang" terbaru sejak PRU lalu ..kebangkitan rakyat ... InsyaAllah .. lambat laun Regim UMNO pasti berkubur ...
Rohaifi Azri said…
org PAS tak sakit hati pun, UMNO tu yg luka berdarah + bernanah. Kat Sarawak bleh la ko menang.

dah 7-1 beb...
kalo dlm bolasepak tu, kira kena belasah teruk ar...
qomar said…
Siapalh yang kkelarkan kenyataan lari daripada akidah ni... baik mengucap mana tahu mati pulak nanti cinfirm tak masuk syurga. kenapa tak yakin dengan bantuan Allah. Menang ke kalah ke dah tertulis di luh mahfuz, dan ingatlah Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum jika sesuatu kaum itu tak ingin ubah nasibnya sendiri....