BAJET PANADOL, RAKYAT SAKIT KEPALA?

Rakyat sedang menghadapi masalah yang cukup kronik. Antaranya gejala dadah, maksiat, jenayah dan sebagainya. Malangnya Najib gagal memperuntukkan bajet khas serta langkah drastik untuk mengatasi masalah tersebut.

Apa yang dipentingkan Najib dalam bajet tersebut ialah isu-isu remeh dan temeh serta hanya memandang dunia tanpa memikirkan kepentingan membangun manusia untuk persediaan jangka panjang khasnya untuk bertemu Allah di Yaumul Mahsyar.

Sebab itu Najib tidak meperuntukkan belanja yang besar dan 'reasonable' untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Saya bersetuju dengan YB Mahfuz bahawa Najib hanya menyediakan Panadol untuk tahan sakit akibat gejala dadah, maksiat dan lain-lain. Najib hanya melihat rakyat yang sakit kepala tetapi tidak melihat rakyat sedang dilanda kanser maksiat, jenayah, dadah dan sakit kronik lain.

Panadol hanyalah untuk tahan sakit bukannya untuk menyembuhkan penyakit.

Comments