Beberapa penganlisis bebas telah menjalankan kajian awal antara dapatan yang mereka simpulkan ialah :-
1) 67 % pengundi Melayu mengundi BN
2) 73 % pengundi bukan Melayu mengundi BN
3) 86 % pengundi pos mengundi BN
Faktor kemenangan Isa :-
1) Isa dibesarkan di Bagan Pinang dan dilihat banyak berjasa kepada rakyat di Bagan Pinang
2) Kelemahan calon dan jentera PAS
3) Isu nasional yang digunakan oleh PR tidak memberi kesan kepada pengundi sebaliknya mereka memberikan respon kepada isu tempatan.
4) Faktor undi pos yang jelas berpihak kepada BN kerana BN bebas berkempen di kem dan ianya mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kelebihan BN
5)Rasuah, politik wang, ugutan, janji manis terus berleluasa
6) Penggunaan jabatan, agensi kerajaan, kemudahan kerajaan masih terus digunakan oleh BN tanpa rasa segan silu dan malu
7) Ramai pengundi tidak dapat mengundi kerana nama mereka tiada dalam daftar pemilih sedangkan mereka sudah bertahun-tahun mengundi di DUN tersebut.
8) Penggunaan media massa terutama TV dan Radio terus memainkan peranan utama untuk memutarbelitkan isu bagi memberikan kelebihan kepada BN
Comments
10 ) umno tak haramkan bir , toddi dan arak
11 ) 7-Eleven dikacau oleh Pas Selangor
12 ) isu seekor ahli PKR ceroboh Majlis Peguam
13 ) isu Pas adakan perjumpaan dengan umno secara senyap
14) isu Pas mahu Kartika dirotan padahal banyak raja-raja dan orang kenamaan melayu meminum lebeh dasyat dari bir.
maka ini tidak adil .
Sila masokan perkara nombor 9 hingga 14 untuk analisa.
no 10 pemberi komen dapat salah info,memang umno tak haramkan semua itu cuma pas haramkan pada muslim sahaja.
faktor hassan ali,ust nasa dan species sama juga ada mainkan peranan selain dr jeff ooi dan LGE(buah pala)
kami ahli pas bawahan dah naik menyampah dgn pimpinan yg buat pekak dgn teguran tentang isu dr hassan dan ust nasa ni.
Ada yang setuju dan ada yang tak setuju.Ini ialah kebiasaan ( normalcy )
Ahli bawahan tak suka mana-mana orang atasan yang buat suka hati.
Sebab PR berjanji kepada rakyat untuk berlakuan adil dan saksama.
Mesti ikut pada manifesto yang dibuat .
Tak harus keluarkan arahan atau keyataan (statement) yang akan peranjatkan orang ramai.
Sampai orang islam sendiri pon tak setuju.
Kalau orang islam tak setuju, macham mana lagi dengan yang bukan Islam?
Untuk kembangkan Islam, bukannya dengan cara melulu.
Tak boleh cepat macham bas express...pandu laju-laju ..masok longkang.Yang pandu bas express pulak dah stim gian dadah.
Orang atasan tak bolih tunjuk belang atau kuasa dan buat benda sesuka hati.
Tak bolih jadi macham pemandu bas express.
Semua ahli PR haros dan wajib tegah boss boss mereka tu.
Saya ahli PKR.