Daftar pemilih DUN Bagan Pinang yang bakal digunakan Ahad ini makin berkecamuk. Terbukti gagal mengatasi masalah ini dari dulu, kini dan mungkin selamanya.
SPR mungkin juga sengaja membiarkan perkara ini berlaku kerana aduan, gesaan dan cadangan serta saranan supaya SPR memutihkan Daftar Pemilih telah dibuat dari dulu, kini dan selamanya.
Namun SPR tetap bebal, degil dan buat 'tak reti' sahaja.
Pengerusi SPR sudah bertukar tangan banyak kali tetapi masalah daftar pemilih meragukan, berkecamuk dan sebagainya terus terusan berlaku dan berlaku.
Hari ini PAS mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad ini.
Naib presiden PAS, YB Salahuddin Ayub berkata, setakat semakan mereka sehingga tengah hari ini, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan keganjilan itu – yang membimbangkan parti kemungkinan pengundian dua kali.
Semalam Malaysiakini melaporkan parti itu mendakwa ia berjaya mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali di daftar tersebut.
Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan rombongan PAS dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini."Kita harap, daftar pemilih ini dapat diputihkan," kata Salahuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Saya mencadangkan supaya Pilihanraya ini ditangguhkan sehingga semua masalah berkaitan daftar pemilih dan undi pos diselesaikan.
Comments
Mana bolih macam ini.Mari kita gempor mereka.