Saranan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad supaya ahli dan penyokong PAS berhati-hati dengan 'cybertroopers Umno' dan pengadu domba Umno memang ada kebenarannya.
Saya dihujani dengan pelbagai SMS dan email serta komen yang cukup meloyakan yang menghentam pimpinan PAS tidak kira Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Haji Hadi. Mereka menyamar dengan pelbagai nama dan gelaran seolah-olah mereka sayangkan parti dan jemaah.
Saya dihujani dengan pelbagai SMS dan email serta komen yang cukup meloyakan yang menghentam pimpinan PAS tidak kira Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Haji Hadi. Mereka menyamar dengan pelbagai nama dan gelaran seolah-olah mereka sayangkan parti dan jemaah.
Dengan berselindung di sebalik, kata-kata "kalau sayangkan jemaah"; "kalau sayangkan perjuangan Islam' dan sebagainya, kumpulan ini bergerak secara online atau offline dengan satu tujuan untuk mengujudkan perasaan berpuak-puak, curiga mencurigai dan sebagainya.
Malangnya ramai di kalangan ahli dan penyokong PAS yang termakan dan terpedaya dengan hasutan dan kerja mungkar mereka ini sehingga kawan-kawan dan sahabat-sahabat saya sendiri mula percaya dengan fakta dan cerita yang dibawa.
Sebab itulah saya menanamkan iktikad di dalam hati bahawa segala berita dan info yang saya dapat mesti disiasat dan diselidiki kesahihannya. Pendapat pimpinan mesti dirujuk, jangan merujuk kepada media, web, blog dan lain-lain sumber yang tidak diketahui asal usulnya.
Tuan-puan saya sarankan supaya mendapatkan info dari lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan Harakahdaily yang masih dipelihara ketulenan dan kesahihannya beritanya.
Media cetak, elektronik dan dunia cyber lain sekarang ini penuh dengan tipu daya dan tipu helah serta fitnah yang memerlukan kita semua berhati-hati. Jangan terus percaya bulat-bulat dengan fakta dan infonya.
Bayangkan ada laman web yang membuat fitnah menyatakan Tuan Guru Nik Aziz telah mengumpulkan harta berjumlah RM1 juta dan macam-macam lagi.
Kepada kaki fitnah dan adu domba ini saya ucapkan 'tahniah' kerana anda telah berjaya memfitnah dan menipu. Selagi tulisan anda melekat di dalam kepala otak pembaca selagi itulah anda bertanggungjawab kepada Allah sehinggalah anda memohon maaf kepada orang yang difitnah dan memohon ampun kepada Allah S.W.T.
Kepada kaki fitnah dan adu domba ini saya ucapkan 'tahniah' kerana anda telah berjaya memfitnah dan menipu. Selagi tulisan anda melekat di dalam kepala otak pembaca selagi itulah anda bertanggungjawab kepada Allah sehinggalah anda memohon maaf kepada orang yang difitnah dan memohon ampun kepada Allah S.W.T.
Comments
Memang benar apa yg saudara katakan itu. tak baik menyebarkan fitnah dan mengatakan sesuatu tanpa bukti/sumber yg sahih.
Cuba saudara bayangkan apa yg saudara tulis tu diucapkan oleh pemimpin Umno.
Saya rasa mesti saudara ckp nak termuntahlah dan sbgnya...
Saya tahu saudara menulis dgn seikhlas hati. Jadi cuba pusing balik ayat tadi dr diucapkan oleh saudara kpd ahli umno - ahli umno kepada saudara. Dptkah saudara menerima ayat dan maksudnyadgn seikhlas hati? Saya rasa tidak. Hati saudara penuh dgn syak wasangka dan kecurigaan.
Saya suka ayat pada perenggan terakhir. Begitulah juga doa pemimpin umno setelah difitnah oleh pemimpin/ahli/penyokong pr pd prk yg telah dan 'bakal' berlangsung.
"Cuba saudara bayangkan apa yg saudara tulis tu diucapkan oleh pemimpin Umno"
- memang UMNO dah ucapkan banyak perkara tohmahan pun terhadap PAS, bukan baru hari ni.. saudara lambat siang barangkali.
"Saya tahu saudara menulis dgn seikhlas hati. Jadi cuba pusing balik ayat tadi dr diucapkan oleh saudara kpd ahli umno - ahli umno kepada saudara."
- x perlu nk pusing2 ayat. dah jelas dosa2 UMNO pun saudara x nampak? buta ke?
"Hati saudara penuh dgn syak wasangka dan kecurigaan"
- bukan syak tapi jelas.
"Begitulah juga doa pemimpin umno setelah difitnah oleh pemimpin/ahli/penyokong pr"
- sama seperti doa abu jahal terhadap nabi dlm satu peperangan.
firman allah swt utk renungan saudara Anonymous:
"Sesiapa yang diberi pertunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh pertunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi."
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
"Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi pertunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-meraba (dengan bingun) dalam kesesatan mereka."
(surah Al-A'Raf)
semuga saudara Anonymous insaf. wallahu'alam.