Jika dilihat kepada trend hukuman kepada Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua yang disabitkan kesalahan kerana mencederakan anggota Polis, maka kemungkinan besar ada 10 lagi pilihanraya kecil (PRK) bakal diadakan.
Khamis lalu Tian Chua telah dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 6 bulan kerana didapati bersalah menggigit Polis semasa dihalang untuk memasuki parlimen pada tahun 2007.
Mengikut undang-undang sesiaapa ahli parlimen atau ADUN yang dijatuhkan hukuman denda melebihi RM2,000 atau penjara lebih dari setahun secara automatik kerusinya kosong dan dihalang dari bertanding dalam pilihanraya selama 5 tahun.
Selain Tian Chua terdapat 9 orang lagi Ahli Parlimen dan ADUN dan sedang menunggu perbicaraan terhadap beberapa kes yang melibatkan perhimpunan haram iaitu himpunan BERSIH, PPSMI dan ISA.
Antara YB-YB tersebut ialah :-
Kerusi Parlimen
Batu - Tian Chua (PKR)
Kuala Selangor - Dr Dzulkifli Ahmad (PAS)
Titiwangsa - Dr Lo' Lo' Ghazali (PAS)
Petaling Jaya Utara - Tony Pua (DAP)
Titiwangsa - Dr Lo' Lo' Ghazali (PAS)
Petaling Jaya Utara - Tony Pua (DAP)
Gombak - Azmin Ali (PKR)
Subang - Sivarasa Rasiah(PKR)
Subang - Sivarasa Rasiah(PKR)
Padang Serai - N Gobalakrishnan (PKR)
Kuala Kerai - Dr Hatta Ramli (PAS)
Kerusi DUN
Ronnie Liu (DAP)
Lau Weng San (DAP)
Jelas sekali jika mereka semuanya dijatuhkan hukuman denda melebihi RM2000 atau penjara lebih setahun maka kita akan berpesta pilihanraya kecil sebanyak 10 kali lagi.
Namun kita mengharapkan hakim-hakim yang membicarakan mereka dapat berlaku adil dan saksama jangan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang menangguk di air keruh untuk kepentingan politik mereka.
Comments