Jika ditanya komen saya tentang hasrat Umno untuk meminda perlembagaannya untuk membasmi rasuah dalam Umno, saya akan jawab bahawa tak perlu pinda perlembagaan tetapi bubarkan sahaja Umno. Ini kerana penyakit rasuah dalam Umno sudah tidak dapat diubati lagi. Ianya ibarat kanser yang sudah sampai ke tahap kritikal yang hanya menunggu ajal.
Pindaan perlembagaan tidak akan membawa apa-apa erti jika perangai, ketahanan dan kekuatan iman tidak ada dalam diri masing-masing. Mungkin RM100 boleh tahan kalau dah ditawarkan dengan RM1 juta macamana kalau iman tak kuat.
Jadi kepada pemimpin Umno tak perlu ubah perlembagaan tetapi bubar sahaja parti.
Semalam Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir berkata pindaan perlembagaan Umno dibuat sekadar "melepaskan batuk di tangga" dalam keadaan tergesa-gesa pada perhimpunan agung tahunan Oktober ini walaupun ahli tidak memahaminya.
Comments
bubar UMNO
Bubar BN
Selamat Negara
TAPI
PADA MASA YANG SAMA
PAS JUGA WAJIB DI BUBARKAN
Kerana UMNO & PAS kedua-duanya pengkhianat Bangsa & Agama
Kerana kedua-duanya taknak jalankan undang-undang hudud.
UMNO memang anti hudud
PAS pulak menipu kata nak buat hudud
tapi tak berani buat sebab DAP & Anwar tak bagi
Bubar semua parti politik
BN & PR
Kita kembali kepada sistem khalifah
Demokrasi ini sekular
Bukan sunnah nabi bertanding dalam pilihanraya ni
TAKBIR!!!