Saya yakin jika BN mencalonkan Isa Samad untuk kerusi DUN Bagan Pinang ianya tidak salah kerana Isa sendiri tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah atas apa juga kesalahan.
Isa yang digantung dari Umno kerana kes rasuah tidak dihukum di bawah apa-apa undang-undang negara. Ini kerana bagi Umno rasuah tidak salah dan tidak menyalahi undang-undang. Rasuah adalah kerja suci dan mulia sebab itu Isa Samad tetap diterima oleh orang Umno malah kembali dilantik menjadi Ketua Bahagian Umno Telok Kemang sebaik sahaja pergantungannya selesai.
Malah Isa juga mendapat pencalonan yang agak banyak untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno tidak lama dulu.
Jadi saya yakin jika Umno mencalonkan Isa ianya bukan sesuatu yang pelik. Yang menjadi peliknya ialah jika Umno tidak mencalonkan untuk bertanding di DUN Bagan Pinang. Umno tidak rasuah, skandal dan apa juga kesalahan kerana bagi halal haram tolak tepi.
Comments
umno mau letak Isa samad ke, mohd mohd ke,rahim thambi chik ke, kepala lembu ke,shah rukh khan ke..itu dia orang ponya pasal.
Yang penting ialah pihak Pas ada kan calon yang berwibawa.
Dan kali ini mustahak sebab bertanding di kawasan pro umno.
Walaupon kawasan ni ada 5000 undi pos.
Kita harus beri peluang kepada rakyat untuk fikir dan undi kepada calon yang mereka yakin.
isa samad pon cukop bagus sebab kali ini memang di kawasan pro umno.
Memang tak salah.
Kualiti pada pandangan umno hanya berdasarkan kaya... byk duit...berkuasa... major dlm hal2 keduniaan jer..
SAMALA MACAM PRK2 YANG LEPAS..ORG UNDI PAS ATAU PKR BUKAN SEBAB ORG SUKA PAS ATAU BENCI BN...TAPI DAH KAWASAN TU MEMANG KUBU KUAT...SO AKU X HERAN LANGSUNG KALO BN MENANG KALI INI.
Kat Kuala Ganu tu PAS boleh rampas kerusi BN... apa cerita plak. majoriti naik pula tu..
so kalau kat Bagan Pinang ni PAS boleh rampas kerusi tu, lu pikir la sendiri... kan Nabil kan
Nelayan pantai di melaka kecewa dengan kerajaan negeri melaka kerana tidak mendengar keluhan mereka...PAS melaka sewajarnya membantu mereka...
SYam...