MCA : 1 KAPAL 2 NAKHODA, 1MALAYSIA TAPI 2MCA

1MCA tetapi kini sudah jadi 2MCA. MCA pertama dipanggil MCA PKFZ dan MCA kedua dipanggil MCA Video. Kedua-duanya tidak boleh dipakai dan diikuti. Oleh kerana itulah kaum Tionghua jelas menolak MCA pada 7 Pilihanraya Kecil dan Pilihanraya Umum yang lalu.
MCA sebagai komponen BN sebenarnya tidak jauh bezanya dengan saudara mereka Umno dan MIC yang tidak luput dari masalah yang melibatkan kepimpinan mereka. Kalau Umno terkenal dengan kaki rasuah, MCA juga dikatakan apa kurangnya. Kalau MIC terkenal dengan sikap diktator pimpinannya, MCA juga dilihat bergerak ke aah itu.
Maka tepat sekali keputusan yang dibuat oleh Kaum Tionghua bahawa MCA dan BN sudah tidak boleh dipercayai dan di sokong lagi.
Di saat kerajaan BN melaungkan slogan 1Malaysia, MCA sudah jadi 2MCA. MCA sudah terkena penyakit H1N1 (selsema babi) sebagaimana yang dihidapi oleh satu lagi parti komponen BN iaitu PPP yang mempunyai dua kepala iaitu Kayveas dan Murugiah.
Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA akan diadakan dua kali? Apakah senario PPP (Parti Progresif Penduduk) akan berulang pada MCA? Atau Timbalan Presiden MCA, Dato' Chua Soi Lek dan penyokongnya akan menghadiri EGM yang ditetapkan oleh Presiden MCA, Dato' Seri Ong Tee Keat?

Persoalan ini mula berlegar di kalangan pemerhati politik apabila baru-baru ini, Ong telah mengarahkan supaya diadakan EGM parti itu, seminggu selepas parti itu memecat Chua.

Comments

Anonymous said…
Bolehlah Pakatan Rakyat menghentam BN kuat-kuat bila Chua Soi Lek berjaya menjadi Presiden MCA.

Untunglah kita kerna kita pasti menang berbanding dengan moral rendah BN yang boleh menerima 'pemimpin' yang terkenal seluruh dunia dengan adegan seks di Youtube.

Hidup Pakatan Rakyat.