BN MESTI KEMUKA CALON BERSIH

BN mesti memilih calon yang bersih dan berakhlaq bagi memberikan peluang kepada rakyat DUN Bagan Pinang mendapat wakil rakyat terbaik. Ini kerana PAS sudah tentu akan memilih calon terbaik yang bersih dari segala kontroversi dan skandal.

Semua orang tahu bahawa criteria pemilihan bakal calon PAS sangat ketat di mana ianya akan mengambilkira latarbelakang pendidikan, keluarga, akhlaq, rekod perkhidmatan, rekod peribadi, rekod-rekod jenayah, tidak melakukan dosa besar dan lain-lain.

Malah calon PAS akan melalui tapisan dari 2 badan iaitu Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama’. Sekiranya Jawatankuasa PAS Pusat menerima calon tersebut, maka Majlis Syura Ulama akan menapisnya dan memberikan keputusan samada seseorang itu layak menjadi calon atau tidak.

Malangnya bagi Umno/BN perkara ini tidak berlaku di mana kita melihat ramai dari kalangan calon Umno/BN mempunyai rekod peribadi yang buruk seperti pernah terlibat dengan rasuah, skandal wanita, melakukan penipuan, akhlaq yang buruk dan ada antara mereka berterusan melakukan dosa besar seperti berjudi, minum arak dan lain-lain.

Sepatutnya BN dapat mengelakkan sesiapa sahaja yang didakwa pernah ditangkap berkhalwat dan berzina di hotel, pecah amanah dan sebagainya. Malangnya ada antara pemimpin BN yang sedang memimpin kita sekarang didakwa pernah ditangkap kerana melakukan perkara tersebut.

Jadi kali ini di Bagan Pinang kita harap BN dapat memilih calon yang baik tidak seperti yang mereka lakukan di Permatang Pasir baru-baru ini.

Sesungguhnya tugas seorang Wakil Rakyat amat penting kerana ianya merupakan amanah besar yang memerlukan seseorang yang berintegriti, beriman, beraklaq dan lain-lain sifat mahmudah.

Saya sangat berharap BN melupakan Isa Samad sebagai calon DUN Bagan Pinang kerana beliau terbukti telah disabitkan dengan kesalahan rasuah sehingga di gantung keahliannya dalam Umno. Malangnya Umno dan pemimpinnya tidak pernah melaporkan kedurjanaan Isa kepada SPR (dulunya BPR) yang menyebabkan beliau tidak didakwa dan dihukum. Mungkin BN merasakan bahawa rasuah adalah halal disisi undang-undang dan agama Islam.

Comments

Walaupon PAS pilih calon yang berwibawa tetapi ini bukannya 100% selamat.
Contoh ialah di Selangor,terdapat hassan ali yang gugat kedudukan PR.
Dan seekor lagi ialah ibrahim ali.
Sikap manusia bolih bertukar-tukar kerana wang.