BAGAN PINANG : KOMEN TENTANG UNDI POS

Ini komen dari pengunjung blog ini tentang undi POS.

Salam Bang Sofi...
Pasal undi Pos Polis Aku tak tau... Tapi Kalau undi Pos tentera aku pernah buat kerja tu. Pihak atasan tentera tidak akan memberi arahan kepada anggota bawahan utk undi Umno/BN.

Sebaliknya kami anggota 3 Div dan 10 Bgd Para(salah sorangnya aku anggota 10Bgd Para sbg petugas SPR) diarahkan menukarkan semua kertas undi yg telah dibuang oleh anggota tentera kepada undi yg dipangkah dgn calon BN (ada anggota yg ditugaskan memangkah kertas undi BN).

Bukti kertas undi yg ditukarkan (dikeluarkan dr peti undi asal) pada pilihanraya 199X masih kami simpan di satu stor rahsia di kem terendak dan masih elok lg. kes terbaru ..pilihanraya baru2 ni... kertas undi ditulis nombor tentera... undi apa tu...

Oleh itu saya yakin PR mesti mendesak SPR supaya membuat perubahan drastik terhadap undi pos ini. Antara langkah yang mesti diambil serta merta ialah membenarkan pihak pengundi pos membuang undi di tempat pengundian biasa bersama-sama dengan pengundi biasa.

UNDI POS MESTI DIHAPUSKAN!

Comments

Anonymous said…
Apa yang di nyatakan di dalam komen tersebut memang benar. Rata rata berlaku pengundian pos secara demikian dan SPR mesti di desak supaya membuat perubahan untuk membenarkan tentera menggundi tanpa berasa takut. Bagi anggota tentera yang akan mengundi di Bagan Pinang jangan gentar membuat perubahan kerana keadilan mesti di wujudkan dan telah terlalu lama anggota tentera di perlekehkan terutama mereka yang sudah bersara, BN hanya mahu menyelamatkan kekuasaan mereka sahaja dan bagi mereka tentera hanya berguna untuk meraih kemenangan sahaja.
Saya bermohon kepada semua anggota tentera yang akan mengundi melakukan perubahan demi kepentingan bangsa dan negara masa hadapan, Jangan biarkan undi saudara diperalatkan.
Drpd: Bekas Tentera.
chellyot said…
kalau da sasar parti kalut, penipu. yg komen2 pun langsung tak relevan.. komen bodoh, namanyer...