BAGAN PINANG : DR MAHATHIR DIBAKULSAMPAHKAN

Pandangan bekas Presiden Umno, Dr Mahathir supaya BN tidak mencalonkan Isa Samad di Bagan Pinang dibakulsampahkan oleh Najib dan Muhyiddin.
Terbukti Najib dan Muhyiddin mengenepikan dengan begitu sahaja pandangan bekas ketua mereka yang disanjung dan dipuja di zaman pemerintahan Mahathir dulu.
Pandangan tersebut dibakulsampahkan oleh pimpinan Umno sekarang lantaran takut akan bayang-bayang kekalahan akibat dari gesaan dan ugutan kuncu-kuncu Isa Samad yang dikatakan berakar umbi di Bagan Pinang.
Bagi saya Dr Mahathir telah memberikan pandangan yang bernas,ikhlas dan jujur demi masa depan negara dan rakyat di mata dunia. Namun kepentingan politik mengatasi segala-galanya.
Najib dan Muhyiddin lupa bahawa impak besar akan melanda Umno dan BN. Mungkin akar umbi Bagan Pinang akan menerima Isa tetapi bagaimana dengan rakyat Malaysia keseluruhannya yang memang bencikan rasuah. Mereka sudah tentu hilang keyakinan dengan Umno/BN kerana tidak serius menangani isu rasuah sehingga perasuah seperti Isa dipilih sebagai calon BN.
Najib dan Muhyiddin juga lupa bahawa masyarakat antarabangsa juga memerhatikan perkara ini. Pelabur kecewa dengan situasi ini. Bagaimana seorang yang terlibat dengan najis dadah diangkat menjadi pemimpin.
Mahathir secara terbuka menggesa supaya tidak mencalonkan Isa Samad di Bagan Pinang.
Sebuah media internet menyiarkan kenyataan terbuka Mahathir beberapa hari lalu yang meminta Isa tidak menerima keputusan Umno jika beliau dipilih sebagai calon.
Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.

"Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.
Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.
Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.
"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.

Comments

Rohaifi Azri said…
Mahathir? Siapa tu? Xkenal ar...
hahahahaaaaa....

Maaf Tun, org UMNO mudal lupe...