Nampaknya penggal ini adalah di mana ramai wakil rakyat meninggal dan meletakkan jawatan. Baru sahaja kita selesai pilihanraya kecil di Permatang Pasir kini satu lagi Pilihanraya Kecil bakal berlaku iaitu di DUN Bagan Pinang, Teluk Kemang Negeri Sembilan.
ADUNnya Azman Mohd Noor meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.
Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).
Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.
Namun begitu mungkinkah SPR akan mencari alasan untuk menafikan pilihanraya kecil. Kalau boleh memang SPR tidak mahu pilihanraya kecil diadakan tetapi nampak gayanya mereka tiada alasan lagi kerana tiada peruntukan untuk tidak mengadakan pilihanraya jika seseorang wakil rakyat meninggal dunia.
BN pula kali ini akan menghadapi satu lagi ujian besar berhadapan dengan rakyat di kubu kuatnya ini. Walaupun BN menang besar pada Pilihanraya Umum lalu namun kali ini BN tidak semestinya selamat kerana 'mood' rakyat untuk menolak BN sangat tinggi sekarang.
Comments
Pilihanraya kechil di kawasan umno /bn ialah apa yang kita dah lama tunggu.
prk di kaw.umno kita juga bolih tahu samada Spr adil atau tidak.
Pilih bulu atau tidak.
Semua prk di kaw. PR di adakan pada hari berkerja dan bukan pada hari cuti.
Saya pasti kali ini hari undi akan jatuh pada hari Sabtu atau Ahad.
Harap pihak PR dan Pas akan menang .