ADUN DAP IKUTI USRAH PAS

ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong bukan sahaja menghadiri program kemasyarakatan bersama rakyat malah turut juga menghadiri majlis usrah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.
Minggu lalu beliau telah menghadiri program usrah dwimingguan Dewan Pemuda PAS bertempat di rumah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol di Taman Jati, Batu Berendam.
Ketika ditemui YB Khoo berkata beliau ingin mendalami ilmu Islam yang sememangnya sesuai untuk semua kaum tanpa mengira agama dan tempat.

"Saya memang minat untuk mengetahui serba sedikit tentang agama Islam kerana ia adalah agama rasmi negara kita, kawan-kawan saya memang ramai orang Melayu tetapi sebelum ini saya tidak ada kesempatan untuk mendalaminya".

"Dengan kesempatan berkawan bersama orang PAS saya kira ini peluang terbaik untuk saya mempelajari serba sedikit tentang Islam lebih-lebih lagi saya sebagai Wakil Rakyat memang patut tahu kerana dalam Dewan Undangan Negeri banyak isu Islam di bahaskan" ujar Khoo.
Khoo berkata acapkali Sidang DUN Melaka membahaskan isu berkaitan dengan Islam tetapi beliau tidak dapat mengambil bahagian kerana tidak memahami asas-asas Islam. "Kalau saya ada sedikit ilmu tentang Islam sudah tentu saya senang untuk faham dan mungkin boleh sama-sama berbahas dalam isu tersebut" tambah Khoo.

Sementara itu Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Khairul Che Salleh menyambut baik kesedian YB Khoo Poay Tiong untuk bersama-sama menyertai Usrah Dewan Pemuda PAS Bukit Katil.

"Kita tiada halangan kerana Islam memang sesuai untuk semua itu sebab slogan kita 'PAS FOR ALL".

"Kita memang mengalu-alukan kehadiran beliau dan memberikan peluang sepenuhnya kepada beliau memberikan pandangan dan idea dalam usrah kita" tambah Khairul.

Pendapat Khairul dipersetujui oleh Ketuanya Puhat Bedol yang turut sama menjemput YB Khoo pada setiap kali usrah dan program-program lain.

"Pemuda akan sentiasa menjemput YB Khoo untuk bersama-sama dengan kita dalam apa juga program kemasyarakatan dan seumpamanya bagi menggerakkan jentera Pakatan Rakyat Melaka dalam usaha kita mendekati rakyat".

"PAS, DAP dan PKR mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu menegakkan keadilan dan kebajikan di samping matlamat utama parti masing-masing, jadi tidak ada sebab untuk kita tidak boleh menggerakkan program bersama dengan lebih serius dan bersungguh-sungguh" ujar Puhat.

Comments

Anonymous said…
woi bodoh....

layari www.graduanmelayumuda.blogspot.com

ada tulisan istimewa yang mengiktiraf kebodohan engkau
Budak Sijil said…
Ini graduan dari sekolah sarkis UMNO mana ni..suka hati je nak bodoh kan orang..

guna akal la..ko dapat apa maki-maki orang bulan ramadhan ni..buat penat je la ko puasa..

Kesian orang UMNO macam ko ni..
SedihTengok said…
Melalui penulisan pun kita dapat berbeza orang yang di Tarbiyyah dengan orang yang tidak diTarbiyyah..

mungkin ini tarbiyyah dari pemimpin 1 Malaysia..
Gadis Reformasi said…
salam reformasi
i like this entry
awesome story to spread out
;)
pemudainsaf said…
Alhamdullilah,
Bulan Ramadan adalah bulan keinsafan...dan juga bulan kemenangan bagi umat Islam..
Semoga syiar Islam terus berkembang & di bulan yng mulia ini kita rapatkan lagi hubungan rakan2 di dlm Pakatan..
SALAM REFORMASI...
DurianKampung said…
Anon yg first tu anak didik Prof Kangkung, yg dpt Prof pun sebab dok membodek pemimpin LembUMNO. Inilah hasilnya kalau Prof kangkung, anak muridnya plak KONGKANG.
Anonymous said…
woi budak sijil...

Orang pas pun sama juga mencarut bulan posa ni...

klu tak caye buka blog pro pr!!

skrg ni aku pulak nak bodohkan engkau.

Bodohlah kau budak sijil!!!
Anonymous said…
Budak durian kampung lak jeles dgn kepandaian org lain.

dia dapat prof, awak dpt ape??

Bodoh punya durian kampung!!!
saunt said…
cina DAP tu nak belajar islam sebab nak memperbodohkan islam yg lain. niat dia tak ikhlas. semata-mata utk politik dan itulah yang disokong dan didokong serta dilakukan pas sekarang. mempergunakan Islam utk kepentingan politik spt yang dilakukan nik najis.. eh, nik ajis..
Anonymous said…
1.Saunt setan...opps...sorry...tersebut setan lak..Kau sebut nik najis. Cuba pikir..kalau lah betul Tn Guru tu ulama pewaris Nabi yang diredhai Allah, tak ke naya kau nanti. Takut2 kalau Allah murka pd org yg mengutuk hamba2 yg dikasihiNya.
Aku takut nanti kot2 muka kau terpalit najis sendiri ke, termakan najis sendiri ke mcm org gila...mintak dijauhkan lah...
kalau rasa2 dah buat salah tu minta lah maaf pd empunya diri.

Rasa2nya sudah tiba masanya Pas melebarkan sayap dakwah kpd non- muslim utk mereka lebih memahami Islam dan semoga terbuka pintu hati mereka utk mengucapkan Kalimah Tauhid yang Agong. InsyaAllah.