Saya meminta kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan menyiasat dakwaan bahawa salah seorang mangsa H1N1 meninggal baru-baru ini adalah pekerja sebuah pasaraya besar di negeri Melaka ini.
Malangnya ada pihak mendakwa pasaraya tersebut tetap menjalankan operasinya seperti biasa dan tidak ditutup sebagaimana sekolah dan IPT yang terlibat dengan H1N1.
Blogger Angkasanuri melaporkan di dalam blognya bahawa remaja lelaki berusia 20 tahun dari Ayer Paabas, Alor Gajah yang meninggal pada 3 Ogos lalu di Hospital Melaka adalah pekerja pasaraya berkenaan.
Jika benar dakwaan ini maka ianya sesuatu yang serius dan tindakan serta merta dari pihak berwajib mesti dilakukan bagi mencegah bala Allah ini dari menular.
Amat malang bagi kita rakyat Melaka jika dakwaan ini benar. Pihak yang cuai dalam perkara ini mesti bertanggungjawab dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Amat malang bagi kita rakyat Melaka jika dakwaan ini benar. Pihak yang cuai dalam perkara ini mesti bertanggungjawab dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Isu ini bukannya seperti isu lain yang boleh kita kompromi tetapi isu ini melibatkan nyawa dan keselamatan manusia.
Comments