Beberapa orang peserta himpunan aman GMI 1 Ogos lalu kesal kerana MyKad mereka tidak dikembalikan oleh pihak Polis walaupun mereka sudah dibebaskan.
Salah seorang yang ditahan yang hanya mahu dikenali sebagai Izan berkata Polis memberikan alasan MyKad telah hilang tidak tahu dimana ianya diletakkan.
"Mudahnya Polis memberikan alasan MyKad saya hilang sedangkan ianya dokumen penting malah ianya menjadi kesalahan kepada seseorang rakyat yang tidak membawa kad pengenalan atau tiada kad pengenalan".
"Saya sekarang ibarat seorang pendatang tanpa izin kerana tiada kad pengenalan, saya merayu kepada Polis supaya memulangkan MyKad saya" kata Izan.
Izan berkata beliau sedang berbincang dengan beberapa kawan senasibnya dengannya untuk mengambil tindakan seterusnya.
Ditanya apa tindakan yang beliau ambil Izan hanya menjawab kita tunggu dan lihat nanti apa tindakan kami.
"Apa yang penting yang menjadi isu ialah Polis telah menghilangkan MyKad saya dan mereka mesti bertanggungjawab" katanya mengakhiri perbualan.
Comments
Berpuluhan ribu orang datang kat Bakri baru ini dengar pidato dari PR. kamu aje tak tahu