Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pejabat exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail, untuk menyiasat isu peruntukan DUN yang dibelanjakannya.
Serbuan ini kali kedua dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di bangunan sekretariat negeri itu selepas siasatan di pejabat Ean Yong Hian Wah, 15 Julai lalu.
Siasatan ini dipercayai susulan aduan Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) pada 30 Julai lalu.
Malang berguni-guni aduan dan laporan tentang Menteri Besar Pencen BN, Khir Toyo tidak dipandang langsung oleh SPRM. Terakhir laporan dan pendedahan tentang 'Istana' Khir Toyo yang didakwa berharga RM24 juta tidak langsung disentuh SPRM.
Mengapa SPRM tidak bertindak terhadap Khir Toyo tetapi bertindak sepantas kilat terhadap aduan rasuah pemimpin PR termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Jelas SPRM adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah BN yang hanya menyiasat dan mendakwa mereka yang tidak sebulu dengan BN.
Khir Toyo yang kaya raya, mewah dan menjadi jutawan sehingga berupaya membina rumah bernilai jutaan ringgit sedikit pun tidak diusik oleh SPRM.
Rakyat sedang memantau dan memerhatikan tindak tanduk SPRM. Pegawai-pegawai SPRM sepatutnya bertanggungjawab kepada semua aduan tidak memilih bulu dan pangkat. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi juga bertanggungjawab kepada Allah.
Andaikata mereka menyembunyikan fakta dan tidak mahu mendakwa pemimpin BN yang dilaporkan bersalah maka tunggu siksaan Allah pada hari yang tidak berguna lagi anak pinak dan harta kecuali mereka yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
Comments
kalau peruntukan exco boleh kata rasuah tapi muka botox tak de rasuah pun walau terima 100,000 ringgit tiap tahun bonus dari pkns n boleh guna duit anak syarikat negeri untuk buat lawatan resmi untuk dia dan anak bini juga orang gaji, jadi, saya, sebagai anak negeri selangor mahu agar mb kita sekarang ambil bonus dan apa2 kemudahan kewangan dan kebendaan dari semua anak syarikat selangor macam yang si muka botox buat. sebab itu bukan rasuah tapi hak. kalau rasuah mesti sprm dah serbu rumah muka botox kan? kan kan?
macam ni la senang cakap anon 19.11, sebenarnya semua kelaku mb2 dan exco2 umno tidak pernah yang salah semuanya betul belaka.
tak caya?
abis tu, kes rasuah shariff jajang tu kenapa sampai sekarang tak settle2? saja nak ambik contoh selangor.
nak contoh negeri lain? boleh.
contoh terbaru , tu diperak, pasal 2 katak munkee tu kes rasuah mereka sampai sekarang tak jalan lagi?
apa jawapan?
Rasanya orang yang selalu membodohkan diri ialah orang yang rasa dia sentiasa betul atau maksum. Kesalahan diri sendiri memang tak nampak,fikiran cuma asyik fikir kenapa orang lain buat salah boleh, tapi dia buat salah tak boleh. Itu lah resmi pengikut PR, yang asyik maki hamun orang lain.
Orang yang tak mahu berfikir ialah orang yang suka menyalahkan orang lain bila dah terserlah temberang dan kejahatan mereka. Ha ha ha..., siapa bodoh???