Kezaliman kerajaan 1Malaysia memuncak apabila terus bermusuh dan menzalimi rakyat dengan menyembur gas pemedih mata, air kimia dan menahan rakyat melalui budak suruhan mereka iaitu Polis.
Rakyat yang hanya mahu berhimpun secara aman tidak melakukan sebarang perancangan untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam serta melakukan kekacauan disembur dengan gas pemedih mata, air kimia dan ditangkap tanpa belas kasihan.
Apa dosa mereka yang hanya ingin berhimpun menyatakan rasa benci dan muak dengan kekejaman ISA di perlakukan kekejaman sedemikian.
Beratus-ratus rakyat dilaporkan ditahan tanpa sebab.
Saya yang tidak ada 'rezeki' untuk bersama-sama menghirup nikmat gas pemedih kali ini, sekali lagi menegaskan, saya tidak rela dan tidak redha walau satu sen pun duit saya dan duit rakyat digunakan untuk membeli gas dan air kimia untuk disembur kepada rakyat.
Insya Allah kami rakyat Malaysia akan menuntut keadilan dan hak kami di Hari Kiamat nanti.
Comments
kawan lama.
KENA TANGKAP,KENA HUMBAN,KENA KENA KENA DAN KENA.......
NAMUN HATI TETAP BERKOBAR KOBAR BEBASKAN KEADILAN.
TAK KIRA APA PUN ASALKAN DIKATAKAN PERJUANGAN TETAP ADA RISIKONYA.
TABAH DAN MOHON PETUNJUK KEREDHAAN ALLAH SUBHANAHU WATAALA.
Ada jugak pakcik dan makcik dari berbilang kaum sudi datang walaupon dah tahu akan di sambut meriah olih polis dengan bom asap.
Jumlah yang datang adalah angaran lebeh kurang 20000.
Susah dikira sebab ada 4 tempat berlainan.
Dan juga ada yang tunggu di sepanjang jalan.
Anti ISA ni sebenarnya bukan untuk orang politik.
Anti ISA ialah dari lapisan rakyat yang sedar akan kekejaman dan kezaliman.
ISA ni bukan sahaja langar hal hak asasi manusia UN.
Akta ISA memang bertentangan dengan segala agama dan fahaman hidup.
Kepada yang tak paham-
Demokrasi menhalal kan ISA untuk masa sementara dan chuma bolih di gunakan keatas penganas komunis sahaja. Kini komunis chuma terdapat nama dan tempat didalam muzium.
Akta ISA ini dah patut di simpan kan dalam muzium sebagai bahan bukti sejarah.
yusmans.blogspot.com
sedap juga kena tangkap dek malaun-malaun tu rupanya...