SELANGOR : KALAU NAK RAMPAS BIAR PROFESSIONAL & BERADAB

Najib Tun Razak menegaskan, Barisan Nasional (BN) mesti merampas semula Selangor daripada pakatan pembangkang kerana negeri ini adalah nadi pembangunan di Lembah Klang.

Perdana Menteri berkata, bagi merealisasikan matlamat itu, para pemimpin dan ahli UMNO mesti sanggup melakukan proses perubahan seperti muhasabah diri, insaf, merendah diri dan berkhidmat untuk semua kaum termasuk penyokong pembangkang.

Pemimpin juga tambahnya, perlu rajin turun padang mendengar masalah rakyat dan setiap janji mesti ditunaikan serta berlaku adil kepada semua pihak.

''Satu lagi, kita kena kerja lebih sikit. Pesanan saya, kalau nak menang buat cara nak menang jangan kata nak menang tetapi perbuatan kita menempah kekalahan.

''Berbekalkan semangat ini, sebagai nadi negara, Selangor mesti dikembalikan kepada BN. Bagi saya tiada sebab negeri Selangor tidak boleh kembali kepada BN," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Kuala Selangor di Kuala Selangor semalam.
Bagi saya tidak salah untuk BN/Umno merampas kembali Selangor tetapi biarlah ianya mengikut saluran undang-undang, professional dan beradap. Jangan ulangi cara tidak bertamadun yang dilakukan di Perak sehingga Speaker diangkat keluar dan dikurung dalam stor; ADUN dituduh rasuah dan dibeli; ADUN dan Speaker dinafikan masuk DUN dan sebagainya.
Janganlah ada tangan-tangan ghaib yang menggunakan agensi kerajaan seperti untuk mendakwa Exco dan ADUN serta Menteri Besar dengan tuduhan yang tidak ada bukti sedangkan laporan terhadap bekas Menteri Besar, Bakti dan sebagainya dibuang dalam bakul sampah tidak disiasat.

Comments

BUJANG SUSAH said…
Kalu dah BN tu nak beradap apanya sofi... Klau BN beradap bukan BN la namanya...
micaut said…
macam ahli pas n pkr, sama la jugak. tak de adab, tak de hikmah, tak de agama dan tak de tuhan. sebab tu dia sanggup sembah nik ajiz, hadi awang angsa dan anwar jubor tu. ape la malang nasib diaorang tu ek... ish ish ish..