ROHAIZAT WAJAR TARIK DIRI

Calon BN, Rohaizat Othman wajar menarik diri dari bertanding pada Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pauh 25 Ogos ini.

Saya berpendapat demikian kerana beberapa alasan :-

1) Integriti beliau sebagai calon dipersoalkan berikutan kenyataan Bar Council bahawa lesen guamannya ditarik balik kerana melanggar peraturan dengan bukti yang jelas bahawa beliau melakukan kesalahan berkaitan dengan pelanggannya.

2) Fakta di atas di sokong pula dengan pengakuan bekas rakannya Yusri Ishak bahawa Rohaizat terlibat dengan perkara tersebut.

3) BN dan Umno menipu rakyat bahawa kesalahan di atas dilakukan oleh Yusri Ishak (gambar) bukan Rohaizat.

Adalah lebih baik dan manis jika Rohaizat menarik diri dari pilihanraya kecil ini demi keadilan kepada pengundi Permatang Pasir agar tidak tersalah pilih dengan mengundi calon yang integritinya dipersoalkan.

Selain itu Rohaizat juga wajar menarik diri kerana jika beliau tidak berbuat demikian, beliau sebenarnya menghina pengundi Permatang Pasir kerana seseorang calon pilihanraya sepatutnya mesti bersih dari segala kontroversi agar rakyat dapat memilih calon-calon yang terbaik tidak kira dari BN ataupun PAS.

Comments

rohaizat perlu terus terang.
tak perlu belit-belit sampai kena cipta kelentong dan bahan bukti palsu sebab nak jadi calon.

kalau dah songlap ,akui saja lah
orang tak akan marah kalau cakap benar.Dah songlap dah lah.
Ada silap , akui saja lah.
Tapi umno P.Pasir dan tpm dah belit belit macham ular sawa
Sampai sanggup reka cipta bukti palsu .
Belom bertanding dah mula tipu...apa ni
Best la ayat akhir Khun Pana tu.. "belum bertanding dah mula tipu".. itu belum bertanding & menang... Kalau menang... abih "ghuyup"... contoh orang beriman la tu... cakap bohong.. ahli syurga tuuu....
Anonymous said…
pilih jangan tak pilih bekas banduan tak kisah, peminjam tegar tak bayar pon boleh pilih songlap duit aduan pun pilih