Kenyataan Rais biadap dan menghina Islam. Itulah antara komen spontan teman-teman rapat apabila membaca kenyataan Rais di dalam media ketika mengulas isu syurga dan Islam Plastik Umno.
Media hari ini melaporkan kenyataan Rais yang mengulas cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu menyaman TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian berkaitan isu ahli Umno tidak akan masuk syurga dan Islam Palastin.
Dalam kenyataannya, media melaporkan Rais menyebut Nik Aziz boleh mengemukakan sebanyak mana pun saman yang dia nak, "mungkin lebih panjang dari serbannya."
Kenyataan Rais ini ternyata biadap dan kurang ajar. Saya menggesa Rais menarik balik kenyataannya ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dunia ini kerana kenyataannya itu menghina sunnah Rasulullah S.A.W iaitu serban.
Kalau beliau benci sekalipun kepada serban janganlah sampai menghina pakaian Rasulullah.
Comments
memang dia ni cakap macam takde otak....umNO brain...huhu
Mereka hilang akal bila mereka rasakan yang mereka akan hilang kuasa.
Ini yang merisaukan mereka.Jika hilang kuasa bermakna hilanglah segala peluang untuk mengaut segala kekayaan yang ada di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Hilang kuasa bermakna kuranglah isi kantung mereka.
Mereka cukup takut kehilangan kuasa,lanatasa semua pemimpin UMNOBN la ni bercakap seperti orang mabuk,hilang akal semuanya.
Larangan agama,menjadi celaan mereka.Hilang pertimbangan.
Mereka tidak lagi bercakap untuk rakyat tetapi mereka dengan terang-terang bercakap untuk kepentingan perut dan bawah perut mereka