PESERTA DEMO DAPAT UPAH?

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Tuan Syed Ibrahim Syed Noh berkata peserta demonstrasi Himpunan Mansuhkan ISA mendapat imbuhan atau upah.

"Ya, memang mereka mendapat imbuhan. Imbuhannya adalah pahala daripada Allah. Mereka mahu menyeru kepada keadilan dan mahu kezaliman dimansuhkan."Semua yang datang atas sebab keprihatinan dan kesedaran yang tinggi untuk menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran, kezaliman,” katanya kepada Malaysiakini.

Kalau peserta Himpunan Mansuhkan ISA dapat upah, bagaimana pula mereka yang dibawah ini mereka dapat apa?????, antaranya :-

1) Polis yang menembak gas pemedih mata; memancutkan air kimia, menangkap rakyat; memukul rakyat semasa himpunan tersebut

2) Peserta demo sokong ISA anjuran Magaran

3) Pemimpin kerajaan BN yang mengarahkan tindakan diambil ke atas peserta demo GMI

4) Pemimpin kerajaan BN dan rakyat yang mengundi BN yang mempertahankan akta zalim dan bertentangan dengan Islam.

Mereka ini dapat apa?, kalau sebelah pihak iaitu peserta Himpunan GMI dapat PAHALA, sebelah pihak yang ganas, zalim, buta kayu mempetahankan ISA dapat APA???????

Comments

Anonymous said…
Ini lah perangai pengikut PAS, cepat betul buat fatwa sendiri, berdemo dapat pahala???? Rasanya yang lebih sesuai ialah dapat dosa kerana memfitnah dan menyusahkan orang ramai cari makan. Menghalang orang awam mencari sesuap nasi tu bukan ke zalim? tak berdosa ke tu?

Jika kerajaan BN zalim, rasanya dah ramai yang berfikiran songsang macam orang PAS ni masuk jel....
Anonymous said…
Lagi satu contoh katak bawah tempurung.Tak payah layanlah beb org mcm ni. Dia keluau dri tempurong esok baru dia tau.
Anonymous said…
Aku pun tak faham org yg sokong Be End ni apa dia dapat?. Kat kampung aku tu karat biru. umur dh dekat 70thun org dlm kubur dah banyak kali lambai,kayuh basikal juga semenjak tahun 60an - tak meningakat lansung. Tapi pantang tegur BN -meyitan dia.Kesian.
Kau sokong laGI PERASUAH TU? bUTA BETUL MATA HATI KAU MAMAT.
Anonymous said…
Kalau belajar pun guna duit kerajaan BN, tapi dok kata kerajaan zalim...., elok lah duduk diam2 bawah ketiak PAS. Sesekali menyalak lah macam anjing belaan DAP.