PERMATANG PASIR : UMNO MULA BERCAKAP BESAR

Baru Jumaat lalu Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman, ADUN Permatang Pasir meninggal dunia, Umno langsung tidak menghormatinya apabila mula bercakap besar.

Semalam Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi (yang mengguriskan hati umat Islam bertemu dengan Ehud Barak) berkata calon Umno mampu menyaingi calon PAS.
Katanya, Umno mempunyai 5 bakal calon yang berpotensi sedangkan PAS hanya mempunyai 2 bakal calon sahaja.
Dari mana dia tahu PAS mempunyai 2 calon yang berpotensi. Saya yang lama berkecimpung dengan PAS Pulau Pinang mengetahui bahawa di sana ramai calon-calon berpotensi untuk diketengahkan. Kita ada Ustaz Salleh Man, Ustaz Khalid Man, Dr Mujahid Yusof Rawa, Haji Mohamad Sabu, Anuar Hamid, Ishak Ismail, Rosidi Hussain, Fazil Kemi, Yusni Mat Piah, Hafiz Nordin, Helmi Harun, Shamsul Kamal Sahpei, Kamal Ahmad dan lain-lain. Semua mereka ini layak untuk meneruskan obor perjuangan Allahyarham Abang Dan.
Sedangkan Umno seperti biasa akan menghadapi masalah memilih calon kerana masing-masing berebut-rebut untuk menjadi calon kerana mereka tahu 'title' YB amat penting untuk mendapat habuan dunia berupa pangkat dan harta serta projek. Sudah pasti kali ini nama-nama seperti Abdul Jalil Majid, Imam Pencen Firdaus dan Shahar Suib (bekas calon 2008) serta lain-lain akan membodek dan menonjolkan diri untuk dipilih sebagai calon BN.

Sementara itu bekas Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin BN akan menang di Permatang Pasir. Keyakinan itu berdasarkan prestasi baik BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai baru-baru ini apabila berjaya mengurangkan jumlah majoriti yang dimenangi Pas.

''Prestasi pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada hari itu adalah baik. Kalau ada perubahan tertentu, mungkin rakyat akan kembali menyokong BN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Sejenak Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad anjuran Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Yayasan Pahang di Kuantan semalam.

Comments

Putra IJ80 said…
Mereka yakin atas kekuatan Wang dan projek mee segera.

Cara penggunaan Helikopter membawa habuan seperti di MU ternyata sedikit sebanyak memberi kesan langsung dan berjaya membeli undi.

Ini tidak dapat di nafikan,kerana rakyat kebanyakannya susah dan amat sukar untuk menolak tawaran ratusan malah ribuan ringgit jika sudah ada di hadapan mata atau sudah terselit di tangan kiri mereka.

Di susuli dgn lawatan percuma ke sempadan Thailand dgn habuan syurga dunia.

Banyak cara yg.bole mereka lakukan
bagi menghalalkan cara kerana undang undang dan peraturan tidak ada dlm kamus mereka.
Anonymous said…
woi aku dengar PKR nak letak calon betul ke? ni aku dengar dari sumber yang aku boleh percayai...apa citer ni?
al majnun said…
pakat-pakat berniaga ubat pun bagus juga!
..Mari beli ubat ini..
Geranti puas hati
Hai ubat..hai ubat
Kalaulah terlambat
Tak dapat....
Kelintong Do Re Me...!!!!
Anonymous said…
Pas mana ade cakap besar .. semua kata-kata terpuji la .. semua lembu-lembu ternganga je .. kata hadi awang kena belajar dengan lembu