PERKATAAN 'JAHANAM' MENYEDARKAN UMNO

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi menegaskaN perkataan jahanam yang digunakan oleh Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz menyedarkan Umno sehingga Najib sanggup bersemuka dengan Tok Guru baru-baru ini.
"Sesekali Tok Guru menggunakan bahasa kasar Umno 'demam' seminggu dan dia insaf sekejap, sebab itulah Najib datang ke Kelantan dan sama-sama gosok anak kambing dengan Tok Guru".
"Tok Guru telah bersabar 19 tahun dengan deraan dan kezaliman Umno/BN di Pusat, anaknya Nik Adli ditahan di bawah ISA 6 tahun; wang bantuan perkapita Kelantan di sekat dan royalti minyak untuk Kelantan dinafikan" ujar Nasruddin.
Nasruddin berkata, dengan perkataan jahanam Umno tiba-tiba Umno menjadi agak lembut dan Najib sanggup bertemu Tok Guru dalam kunjungannya ke Kelantan.
Menurut Nasruddin perkataan kasar seperti celaka dan jahanam ini digunakan oleh di dalam Al-Qu'ran. Sebagai contoh katanya Allah mencerca Abu Lahab dengan firmannya " CELAKALAH kedua-dua tangan Abu Lahab......".
"Ayat ini kita gunakan dalam Solat, maknanya kita Maki Hamun dengan guna perkataan CELAKA dalam sembahyang".
"Ini hendak menggambarkan bahawa Allah menggunakan perkataan kasar dan maki hamun pada keadaan tertentu" tambahnya.
Maka tidak hairan kalau sesekali Tok Guru menggunakan perkataan jahanam dan celaka bagi golongan seperti Umno yang memang jahat, zalim dan menentang Islam.
Selain dari hujah diatas Nasruddin juga memberikan beberapa contoh lain bagaimana Nabi yang merupakan seseorang pemaaf tetapi dalam keadaan tertentu tidak memaafkan seorang dari musuhnya.
"Nabi Muhammad S.A.W telah memaafkan semua orang termasuk Wahsyi yang membunuh bapa saudaranya Hamzah dalam perang Uhud walaupun Nabi sering teringatkan Hamzah setiap kali bertemu dengan Wahsyi".
"Namun selepas Wahsyi memeluk Islam Nabi memaafkan beliau".
Namun kata Nasruddin, Nabi tidak memaafkan seorang penyair, Kaab bin Asyraf sehingga Nabi meminta sesiapa yang berjumpa dengan Kaab hendaklah memenggal kepada Kaab walaupun ketika Kaab bergantung di Kaabah.
"Begitulah tegasnya Nabi kerana Kaab telah mencerca dan menghina Nabi di dalam Syairnya" tegas Nasruddin.
Nasruddin berkata demikian ketika berceramah bersama-sama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka di Pejabat PAS Rumah Awam Bukit Lintang di sini malam tadi.

Comments

Anonymous said…
Nabi Muhammad ade cakap macam tu kepada umat manusia ??? Tinggi betul Nik Aziz ... Islam x membenar Nabi digambar atau dibentuk dalam ape cara sekali pun . Tapi Nik Aziz lain pulak .. Lagi tinggi mujizat kot. Gambar merata-rata .. sampai tengok pon dapat pahala .. agaknye kalau gambar tu tak boleh buang dosa ??? Apa ... sampai mengagung-agung orang sampai macam tu macam maksum .. jangan sampai terpaksa menjilat Kahak muntah ape je la.. satu hari nanti
Ibnu Mohyeddin said…
antara celake ngan jahanam yang mana lagi teruk .. pasal cakap tu, memang nabi tak pernah cakap tapikan surah al lahab tu wahyu Allah yang mengutuk perbuatan Datuk Seri Abu Lahab atas perbuatan dan perkataan Celake yang dilemparkan oleh abu lahab sendiri. Orang Umno tak ngaji abis ke ??
Anonymous said…
Itu Wahyu Allah yang disampaikan oleh nabi ... Sekarang Nik Aziz tu sama taraf ke atau lebih tinggi?? iyer Org PAS pandai mengaji sampai terlebih pandai .. syok sendiri. Apa pun PAS semua boleh org lain tak boleh .. sebab apa??? sebab maksum taraf Nabi .. err lebih lagi kot .. Jangan hingga 2 Adun dan 1 Parlimen diikuti oleh org lain pulak (bukan kerana ape kerana Allah lebih sayang mereka takut berlebih-lebihan) MasyaAllah!!
Anonymous said…
PERGI JAHANAM NIK AZIZ DAN ORG PAS YANG BERFIKIRAN NGALAHKAN SETAN DAN BABI TOT...NAMA JE TOK GURU TAPI MULUT MACAM LONGKANG..DIA INGAT DIA SORANG JE YANG BAIK..PEGI DAA...UNTUK PENYOKONG2 PAS...MEMANG BAGUS LA KORANG KAWAN NGAN PKR DAN DAP...KORANG MEMANG PONDAN...ISU ARAK KAT SELANGOR PUN KORANG X BLEH NAK SETTLE NGAN DAP...SIAL LA KORANG NI...
al majnun said…
Semua orang tahu Si A bukan nabi, Si B pun bukan Abu Lahab. Wahyu Allah mengutuk Abu Lahab disampaikan oleh Nabi. Wahyu (alquran) dipakai oleh umat Nabi sehingga kiamat sebagai way of life. Bila manusia tak ikut way of Islam, sekat sana, sekat sini, dia terpesong menjadi celaka maka watak Abu Lahab dan celaka tetap terpakai untuk yang berkenaan. Cuba buat kajian perangai umno terhadap PAS selama 50 tahun merdeka? Kenapa komen melenting tak tentu pasal, marah sangat, cuba bawa istighfar jadi orang beriman...!!!
silent said…
knp tak digunakan perkataan yang sama utk DAP dan PKR. sudah terang lagi bersuluh kedua-dua parti tersebut menolak Islam.

Jangan bias bila buat kenytaan. Sebagai KP harus bijak dalam memberikan idea bukan hanya utk sedapkan hati penyokong kalian sahaja.

SAYA CABAR KP Pas mengeluarkan kenyataan 'JAHANAM DAP DAN PKR'.
Anonymous said…
Kita tak mau layan orang jahil macm mu ni. Bacalah sirah nabi.
Tuntutlah ilmu,jangan kekal jahil lagi murakap.
Tuntutlah ilmu hingga mu faham Islam sedalam2nya. Jangan komen tanpa asas dan fakta.
Jangan jagi macam katak bawah tempurung. Maaf kalau terkasar.
Anonymous said…
DAP,PKR bukan wasilah perjuangan Islam tetapi sedia kerjasama dengan wasilah yang perjuangkan Islam. Nabi tidak memerangi kafir yang menyokong perjuangan Islam, tetapi Nabi memerangi orang Islam yang memusnahkan Islam. ISLAM IS FOR ALL. Manusia berakal Allah perintah manusia berfikir, kerana manusia berfikir Islam berkembang satu dunia. Adakah orang Melayu Islam berfikir untuk kembangkan Islam setelah 600 tahun menerima Islam? Make it for ALL so ALL shall love it. Katakanlah tentang kebenaran walaupun satu ayat...