PENGHARAMAN ARAK : SEMUA PIHAK HARUS AKUR DAN FAHAM

Pengharaman arak adalah jelas di dalam Islam. Orang Islam tidak boleh minum, menjual, membeli, menghidang dan bersubahat. Itu jelas dan tidak ada 'khilaf'. Pada masa yang sama kita tidak boleh menghalang orang Bukan Islam untuk minum, menjual dan sebagainya.
Akan tetapi orang Bukan Islam harus akur dan menghormati pengharaman arak terhadap orang Islam. Ertinya mereka harus hormat dengan tidak menjual arak, menghidangkan arak dan sebagainya kepada orang Islam.
Model yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Kelantan dan Majlis Kerajaan Tempatan di Kelantan harus diteladani bagi memastikan orang Islam hormat kepada orang Bukan Islam dan begitulah sebaliknya.
Saya yakin isu ini bukan isu besar dan ianya boleh diselesaikan dalam semangat setiakawan dan tolak ansur. Cadangan PAS Negeri Selangor supaya penjualan arak diharamkan di kawasan majoriti orang Islam mesti dibincang dan ditunaikan demi untuk membina masyarakat Islam yang taat kepada Islam.
Ini bukan soal untuk menutup peluang perniagaan kepada golongan Bukan Islam tetapi ini bersabit dengan hukum hakam Islam.
Orang Bukan Islam bebas untuk minum, jual beli dan menjamu arak di kalangan mereka dan ianya tidak pernah dipertikaikan. Cuma ia perlu di kawal sebagaimana yang dilakukan di Kelantan.

Comments

Anonymous said…
Dulu PAS bukan main lagi Haram sana Haram sini .. skrg kena sergah DAP terus kecut .. jilat la balik kutukan dulu ..
Anonymous said…
Masa BN perintah bukan main kuat lagi menyalak dan ceramah sana sini pasal kerajaan biarkan arak dan judi. Now bila PR perintah, nada yang sama macam yang BN dok jawab masa PAS menyalak dulu.

Baru tahu langit tinggi rendah bila bertuankan DAP kan..., sampai samseng DAP pun disokong.
gaverodi said…
kenapa pas mcm tu ek... heran aku.
Anonymous said…
Andaikata Kerajaan PR Selangor enggan memenuhi permintaan PAS Selangor untuk menukar Portfolio YB Ronnie DAP atau memecat beliau, maka SAH Lah PAS bersubahat dengan Kerajaan Mungkar . Tiada cara melainkan PAS Selangor kena Mufaraqah dari terus menanggung dosa dan tanggung -jawab di hadapan Rabbul 'ezzati di Akhirat kelak....
Amir Razain said…
PAS bersekongkol dgn DAP utk jatihkan pemerintahan Islam... nah... inilah natijahnya jika tidak mahu bersatu dgn org Islam sendiri.
_______________________
View Profile: Rantong™
toksagor said…
Tolong beritahu Tok pemerintahan Islam yang mana satu? Pemerintahan BN ke? Khir Toyo ke? Cari definasi sebenar pemerintahan islam itu. Sedangkan di Kelantan pon tidak boleh dikatakan pemerintahan islam sepenuhnya kerana masih dibawah undang-undang pemerintah sekular BN dan juga undang-undang Islam Hudud dan Qisas telah dihalang oleh UMNO/BN akan perlaksanaannya.
Anonymous said…
Boleh Tok Sagor beri jaminan di hadapan Allah swt bahwa Kerajaan PR yang terdiri dari PAS, KEADILAN dan DAP akan menegakkan hukum HUDUD apabila mengambil-alih kerajaan persekutuan selepas PRU13 nanti? 'Langkah Mayat Saya Dulu' masih kah kau ingat kata-kata Karpal 'SINGH is KING' , jAWAB TOK, JANGAN TAK JAWAB?
Anonymous said…
Seronok betul tengok gelagat penyokong PAS ni, idea2 mengutuk BN dulu semua dah terpalit kat muka sendiri dah....

Menyalak lah lagi, lagi banyak yang di salak makin terserlah kebodohan mereka.

rakyat malaysia makin sedar dan meluat tengok gelagat mereka yang merasakan diri mereka gah dan sentiasa betul...., walhal tahi terpalit kat ekor ayam jantan yang menunggu masa untuk di sembelih...