PR mesti didaftarkan secepat mungkin dan menggunakan satu logo dalam pilihanraya? Ada yang menyokong ada yang tidak menyokong.
Alasan kumpulan yang menyokong :-
1) Rakyat lebih yakin akan kesepaduan PR jika ianya sebuah pertubuhan yang berdaftar
2) Organisasi PR akan lebih mantap dengan tertubuhnya sebuah pertubuhan rasmi
Alasan kumpulan yang tidak menyokong :-
1) Rakyat sudah kenal dan lebih selesa untuk menyokong parti secara sendirian dan logo sendiri.
2) Rakyat memerlukan masa untuk menerima konsep dua parti ini iaitu BN dan PR.
Comments
TAPI BIAR AKU JAWABKAN...JAWAPANYA SOAL MENEGAKKAN NEGARA ISLAM DAN HUDUD X KAN WUJUD KERANA PAS TAKUT DAN BACUL DENGAN DAP...
Yang soal tentang hudud maseh tak paham bahawa malaysia sudah ada hukuman hudud.
Kalau tak ada hudud, sila beritahu disini machamana seorang wanita Islam di jatuhkan hukuman sebat dengan rotan sebab minum bir.
yang penting untuk pihak Pas ialah untuk jalankan keterangan.
Didik rakyat dan bantu mereka yang ketagih dadah , maksiat , samsu dan rasuah.
Negara Malaysia ialah masyarakat "plural" .Pas harus faham akan ada nya rintangan dan bantahan
.Yang mana boleh dibuat dengan saksama dan adil , sila runding , bahasakan dan buat kan.
Kita sama-sama tendang akta ISA dulu.
Sebab tendang ISA dapat sebulat suara.