MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN ESOK

Munaqasyah Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden peringkat negeri Melaka diadakan esok di Sungai Udang, Melaka.
Program ini amat penting kepada PAS Negeri Melaka dalam usaha mengembeleng tenaga membebaskan rakyat negeri Melaka dari belenggu perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah secara total.
Saya menyatakan demikian kerana masih ramai rakyat negeri Melaka takut itu dan takut ini. Antaranya :-
1) Takut nak datang ceramah nanti Tok Sidang nampak
2) Takut nak berjuang dalam PAS nanti tak dapat projek
3) Takut nak jadi ahli PAS nanti kena 'blacklisted'
4) Takut nak sokong PAS nanti pencen kena tarik, dibuang kerja dan lain-lain
Jadi kita harap kita dapat memikirkan jalan penyelesaian untuk membebaskan rakyat Melaka dari belenggu 'penjajahan' ini.

Comments