MARI KITA BERFORUM : 1 OGOS PERISTIWA HITAM 1 MALAYSIA?

Saya mengajak para tetamu sekelian untuk berforum berbincang samada tindakan kerajaan BN melalui Polis pada 1 Ogos lalu merupakan peristiwa hitam 1 Malaysia atau perkara biasa sahaja? Saudara boleh menukilkan pandangan dan idea di ruangan forum di sebelah kanan atas blog ini.
Bagi saya kenyataan Najib untuk melahirkan 1Malaysia adalah retorik sahaja. Beliau gagal melayan rakyat dengan mesra dan professional. Rakyat yang berhimpun pada 1 Ogos bukannya hendak melakukan rusuhan tetapi sekadar berhimpun secara aman untuk menyerahkan memo kepada DYMM Yang Dipertuan Agung memohon perkenan Tuanaku agar ISA dimansuhkan. Itupun Najib tak dapat hendak uruskan dengan baik.
Beliau mengambil pendekatan bermusuh dengan rakyat.

Comments

Anonymous said…
Nak Berdemo Untuk Sokong atau Memansuhkan ISA?

Dimana tahap kefahaman anda terhadap ISA ini? Satu Penjelasan tentang ISA, sila layari www.beliaselangor.my

Penjelasan dari Persatuan Graduan Muda Malaysia. Fahami dan Terserah pada anda yang menentukan.....

Jangan terpengaruh dengan saranan politik, mindset perlu adil, fahamilah dengan ketenangan....

insyaallah, anda beroleh kefahaman yang benar.
Anonymous said…
Dah beri amaran jangan berhimpun secara haram tapi tak nak dengar, akhirnya bila pihak keselamatan ambil tindakan menegakkan kedaulatan undang-undang , polis pula di jadikan mangsa.. Ana tak faham lah perangai semua peminat Demo ni.. Napa tak buat perhimpunan kat Melawati ke, Stadium Bukit Jalil ke etc, kan lebih aman n lepas tu hantar satu rombongan kecil terdiri dari pemimpin Demo samada Pro-GMI ke atau Pro-ISA ke Istana jumpa DYMM Agong?

Hello.... tak kan Govt tak bagi permit kot klu himpun kat Stadium, sedangkan Jemaah Tabligh pun hari tu dapat permit untuk himpun 200,000 orang kat tanah lapang Masjid Kuarters KLIA, Nilai dan tak masaalah pun...Yang penting jangan ganggu lalu-lintas, dan jangan ganggu ketenteraman awam, dan dapatkan permit baru himpun agar tak bermasaalah ngan puak FRU tu...
Anonymous said…
Pas memang suke buat keje bodo, demi DAP sanggup ape je
Anonymous said…
memang 1 ogos peristiwa hitam bagi malaysia, bila melihat orang melayu ramai diperalatkan.

Tak serik2 lagi ke orang melayu ni, tak nak ke orang melayu belajar dari sejarah. kenapa mesti di tutup pintu hati dari mencari kebenaran untuk kesejahteraan negara tercinta.

sayang sekali orang2 melayu mudah diperdaya oleh orang melayu yang berjiwa hindraf, dap dan seangkatannya. Renonglah nasib melayu di singapura.
PAS-PKR-DAPigs said…
Kalangan anak muda hari ini tidak tahu kekejaman 'komunis' terhadap melayu/Islam setelah tamat pemerintahan Jepun dan sebelum kemasukan semula kuasa British di Tanah Melayu.

Pada masa itu 'komunis' dapat memerintah lebih kurang seminggu sahaja - tetapi tahukah anak2 muda hari ini berapa ramai 'komunis' ini telah membunuh melayu/Islam yang tidak berdosa - itu baru dapat kuasa seminggu, kalau sebulan? setahun? bagaimana.

Yang saya tahu di Sg Manik sahaja melayu(Banjar) yang berani melawan dan berperang sabil dengan komunis ini.

Hari ini, PAS dan PKR bersengkokol pula dengan 'anak-cucu komunis' ini.

Sekarang ramai pula melayu/Islam yang mahu hapuskan ISA yang telah berjaya mengawal kegiatan 'komunis'.

'Anak-cucu komunis' ini akan bersorak gembira jika ISA di gubal atau dihapuskan.

Kebijaksanaan cina berpolitik - mereka tidak mahu berdemonstrasi, sedangkan mereka inilah anak-cucu 'komunis' yang sebenarnya.