MALAYSIA LAHIRKAN RAMAI PELAWAK BARU SELEPAS 1 OGOS

Oleh kerana pelawak-pelawak veteran kita ramai yang uzur dan tidak aktif lagi maka ramai pelawak baru muncul menggantikan mereka. Antara pelawak veteran yang uzur ialah S.Shamsudin, Param dan lain-lain. Mereka sudah tidak seaktif dulu.
Jadi ramai pelawak-pelawak baru muncul terutama selepas 1 Ogos hari himpunan aman GMI.
Mereka berjaya menyebabkan rakyat tertawa. Antaranya pelawak yang semakin popular ialah seorang anak Raja dari Kuala Lumpur. Dalam lawaknya pelawak berkata peniaga di Kuala Lumpur kerugian antara RM100 juta hingga RM200 juta angkara kekecohan yang berlaku pada Himpunan Mansuhkan ISA, 1 Ogos lalu.
Sebaliknya semalam pelawak ini membuat lawak sekali lagi apabila menyatakan kerugiannya ialah RM20 juta. Mana pergi lagi RM180 juta, agaknya pelawak ini tidak pandai mengira menyebabkan 'figure' telah berubah.
Malangnya pelawak ini bukan calang-calang pelawak beliau adalah pelawak bangsawan dan mempunyai kedudukan tinggi di dalam kerajaan 1Malaysia.
Jika beginilah sifir pelawak ini gunakan (mengira pun tak betul) alamat Kuala Lumpur yang ditadbir olehnya akan lingkup.

Saya mengharapkan pelawak ini tidak membuat lawak sekali lagi selepas ini. Jika tidak lawaknya nanti tidak lagi diketawakan orang malah dilempar dengan 'kasut' oleh 'pendengar' kerana mual dan muak dengan lawak bodohnya.

Comments

Anonymous said…
Idea lawaknya baik sekali, kreatif, ramai orang ketawa, kalau masuk pertandingan 'Raja Lawak Astro' kan bagus !!!